awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong zahir ucapan Selamat Hari Wanita

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2024
03:30 MYT
Raja Permaisuri Agong zahir ucapan Selamat Hari Wanita
Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada semua wanita yang menggalas pelbagai tanggungjawab sama ada sebagai isteri, ibu serta pelbagai bidang pekerjaan yang diceburi. - Gambar Instagram Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2024 kepada semua wanita di Malaysia pada Jumaat.
Dengan tema sambutan ‘Wanita Dijulang Negara Gemilang' pada tahun ini, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua wanita yang menggalas pelbagai tanggungjawab sama ada sebagai isteri, ibu serta pelbagai bidang pekerjaan yang diceburi.
Raja Zarith Sofiah turut menyeru rakyat menghargai, menghormati serta santunilah wanita dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.
"Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyeru rakyat menghargai wanita dan hormati serta santunilah mereka dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang kerana mereka juga berperanan dalam membantu kepada pembangunan negara," titah Raja Zarith Sofiah dalam hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim hari ini.
Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak golongan berkenaan.
Raja Permaisuri Agong zahirkan ucapan Hari Wanita
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Selamat Hari Wanita
#santuni wanita
#kasih sayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan