KANGAR: Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) belum dipanggil Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi memberi penjelasan berhubung sejauh mana kebenaran audio perbualan antara beliau bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Ahmad Zahid telah pun membuat kenyataan menafikan perkara tersebut dan mereka juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Dalam masa sama, Mahdzir turut menyarankan Ahmad Zahid segera membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat isu tersebut.
“Setakat ini Presiden (UMNO), Datuk Seri Zahid sudah buat penafian mengenai audio itu, Datuk Seri Zahid juga sebut minta pegawai buat laporan polis… seeloknya begitulah biar siasatan penuh (dilakukan) terhadap apa yang berlaku.
“Apa pun saya ingat dari segi ahli parti di semua peringkat seharusnya kita tenang dan kita serahkan kepada pihak berkuasa berwajib untuk mengambil sebarang tindakan yang sepatutnya,” kata Mahdzir.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan rumah projek Baiti Jannati dan Projek Mesra Rakyat Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat negeri di sini pada Khamis.
BACA: Audio tular: Ahmad Zahid dijangka buat laporan polis petang ini
BACA: Audio tular: 'Biar polis siasat kesahihan rakaman'- Noh
Pada Rabu, sedutan rakaman audio yang didakwa mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tular di media sosial.
Rakaman perbualan itu menjurus pada rumusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada akhir bulan lalu.
Dalam rakaman tersebut, suara mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Zahid kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Agung UMNO.
Selain itu, suara yang didakwa Ahmad Zahid itu berkata, apa yang diucapkan ketika Perhimpunan Agung UMNO hanya bersifat taktikal.
Bagaimanapun, dalam reaksi segera, kedua-dua pemimpin itu menafikan suara dalam audio berkenaan adalah milik mereka.
Sementara itu, ditanya mengenai desakan sesetengah pemimpin agar pemilihan UMNIO segera diadakan, Mahdzir berkata, perkara itu boleh diadakan bergantung bila pilihan raya umum akan diadakan.
“Saya ingat pemilihan (UMNO) boleh diadakan bergantung bila pilihan raya (umum) akan diadakan… kalau pemilihan parti dibuat (dan) ada pertembungan dengan pilihan raya, saya ingat amat tidak sesuai.
“Jadi kita tengok yang mana dulu yang nak diadakan, jika pilihan raya umum diadakan boleh ditangguhkan dulu pemilihan parti sebab keutamaannya adalah pilihan raya umum,” ujar beliau lgi.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Apr 08 2021
Datuk Seri Mahdzir Khalid menyarankan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar segera membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat isu tersebut. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau