SHAH ALAM: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membuka reruai bagi membolehkan orang ramai melaporkan sebarang masalah berkaitan semasa Town Hall Rakyat bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada Isnin ini.
Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, antara pertanyaan dan maklum balas yang boleh dikemukan adalah berhubung isu kesalinghubungan Internet, masalah berita palsu, scam dan jenayah siber.
Menurutnya, hasil daripada maklum balas yang diperoleh, pihak MCMC boleh menilai permasalahan yang dihadapi dan selanjutnya tampil dengan jalan penyelesaian.
“Pembukaan reruai pada sesi Townhall Menteri Komunikasi dan Digital adalah bagi membolehkan orang awam lebih memahami peranan dan tugas-tugas MCMC sebagai badan regulatori bagi komunikasi dan multimedia yang melibatkan sektor komunikasi, penyiaran, pos dan kurier,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Bagaimanapun, menurut beliau, perlu diingatkan bagi aduan berkaitan kesalinghubungan, tanggungjawab untuk menyelesaikannya terletak di pihak penyedia perkhidmatan.
Jelasnya, MCMC hanya akan memantau penyelesaian dan memastikan penyedia perkhidmatan mematuhi kerangka masa ditetapkan.
Tambah Zulkarnain, jenis aduan yang diterima adalah, bagi perkhidmatan telekomunikasi ia termasuk isu liputan rangkaian, bil dan bayaran, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), Pengalihan Nombor Mudah Alih.
Bagi pos dan kurier, menurutnya, ia melibatkan isu penghantaran yang lambat, penyampaian servis yang lemah, kehilangan bungkusan atau dokumen.
“Untuk penyiaran, masalah siaran televisyen berbayar, siaran televisyen percuma dan radio boleh diajukan. Bagi kandungan dalam talian pula, masalah melibatkan kandungan palsu, menyinggung atau jelik serta kandungan lucah.
“Akhir sekali, isu-isu teknikal spesifik seperti menara atau struktur telekomunikasi, gangguan spektrum, peranti tidak memenuhi piawaian, pusat internet, penguntukan radas boleh diajukan,” ujarnya.
Menurut beliau, bagi isu yang melibatkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, pos dan kurier serta penyiaran, pengguna akan diberi tunjuk ajar mengenai tatacara membuat aduan di dalam Portal Aduan MCMC.
Jelasnya, bagi isu melibatkan kandungan dalam talian pula, pengguna akan diberikan tunjuk ajar mengenai tatacara membuat laporan secara terus kepada penyedia platform untuk penyelesaian segera.
“Maklum balas akan bergantung kepada aduan yang dikemukakan. Ada aduan yang boleh diselesaikan segera dan ada yang memerlukan masa untuk diselesaikan,” katanya.
Jelas Zulkarnain, selain melalui sesi townhall, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada MCMC melalui platform lain.
Katanya, ia adalah melalui portal aduan MCMC, https://aduan.skmm.gov.my/ ; hotline, 1 800 188 030 ataupun e-mel, [email protected].
“Selain itu, pengguna juga boleh membuat aduan berkaitan dengan masalah liputan melalui portal JENDELA Map di pautan https://jendela.my/map/,” ujarnya.
Beliau menambah, pada 2022, MCMC telah menyelesaikan sejumlah 140,050 iaitu 96 peratus daripada aduan yang diterima.
“Daripada segi penyelesaian, aduan akan diselesaikan terlebih dahulu dan memerlukan persetujuan daripada pengadu.
“Pengadu diberi masa 30 hari bekerja untuk mengemukakan maklum balas sebelum aduan akan ditutup secara automatik,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 05 2023
Zulkarnain berkata, antara pertanyaan dan maklum balas yang boleh dikemukan adalah berhubung isu kesalinghubungan Internet, masalah berita palsu, scam dan jenayah siber. - Foto fail/MCMC
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MCMC diminta teliti semula reka bentuk tapak menara JENDELA - Fahmi
Fahmi berkata ini berikutan terdapat sesetengah menara yang menjadi mangsa vandalisme dan juga terlibat dengan bencana banjir.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
MCMC perkenal garis panduan keselamatan maklumat dan rangkaian untuk memperkukuh keselamatan siber
MCMC berkata INSG berfungsi sebagai satu kerangka amalan terbaik dan tidak mandatori buat ketika ini.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.