KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini menyeru Keluarga Malaysia supaya bersama-sama membina komuniti digital yang berdaya tahan serta berupaya bertindak secara berilmu, adil dan progresif ke arah kesejahteraan siber.
Beliau berkata sempena Hari Keselamatan Internet 2022 - Edisi Malaysia bertemakan 'KITA Siber', penekanan diberi secara konsisten kepada langkah-langkah membentuk sikap kawalan kendiri serta kebertanggungjawaban ke atas diri sendiri dan orang lain bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia yang sejahtera lagi progresif.
Menurutnya 'KITA Siber' bermaksud K untuk Komunikasi, I (Inklusif), T (Tanggungjawab) dan A (Akrab),
Beliau berkata, evolusi teknologi digital sememangnya membantu serta memudahkan urusan, namun masyarakat mesti sentiasa bersiap siaga dalam mendepani ancaman dan serangan siber yang semakin berleluasa, selain boleh meruntuhkan moral, akhlak dan nilai murni.
"Saya juga ingin menggesa seluruh Keluarga Malaysia bersama-sama membulatkan tekad untuk menjadi warga digital yang beretika dan berintegriti dalam mendepani ancaman siber yang semakin kompleks," katanya dalam kenyataan.
Annuar berkata Hari Keselamatan Internet atau Safer Internet Day (SID) merupakan satu sambutan global yang diraikan pada Februari setiap tahun, dengan tahun ini sambutan peringkat global adalah pada 8 Februari bertemakan 'Together for a Better Internet'.
Menurutnya, sejak mula diraikan pada 2004 oleh sebuah rangkaian Safer Internet Centres iaitu Insafe Brussels dengan sokongan Suruhanjaya Eropah, kini lebih 200 negara meraikan sambutan itu dengan objektif mendidik serta meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan Internet.
Beliau berkata ia bertujuan supaya masyarakat menjadi lebih beretika dan bertanggungjawab sewaktu menggunakan teknologi, Internet mahupun aplikasinya serta peranti digital.
Di Malaysia, Hari Keselamatan Internet - Edisi Malaysia bermula pada 2010, dengan pelbagai tema diperkenalkan berdasarkan senario siber semasa yang disesuaikan mengikut trend ancaman dan isu keselamatan siber di negara, menurut Annuar.
"Selamat Hari Keselamatan Internet 2022. Sentiasa Bijak, Sentiasa Selamat. Bersama-sama ke Arah Kesejahteraan Siber," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Annuar berkata, evolusi teknologi digital sememangnya membantu serta memudahkan urusan, namun masyarakat mesti sentiasa bersiap siaga dalam mendepani ancaman dan serangan siber yang semakin berleluasa. - Bernama
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.