Seorang rakyat Indonesia dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki dengan dua rakannya tenggelam dalam insiden di Batang Suai, Batu Niah berhampiran Kampung Iran di sini pagi tadi.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.11 pagi dan segera mengatur gerak sebuah jentera dan sebuah bot dengan kekuatan enam anggota untuk mengaktifkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).
“Insiden dipercayai berlaku ketika mangsa dan rakannya sedang mengangkut muatan kelapa sawit menuju ke sebuah kilang pemprosesan yang terletak berdekatan.
“Tiba di lokasi kejadian, bot yang dinaiki mereka tenggelam," katanya.
Dua rakan mangsa katanya, bagaimanapun sempat diselamatkan oleh beberapa orang awam yang kebetulan memancing di lokasi berdekatan.
Ketiga-tiga mangsa kata Poh Kiong lagi, merupakan warga Indonesia yang berusia di antara 30 ke 47 tahun.
“Mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Yanto Olin dan ketika ini aktiviti SAR masih dilakukan.
“Pasukan kita menggerakkan sebuah bot dan tiga anggota sedang melaksanakan pencarian permukaan, dengan dibantu dua bot milik penduduk dan enam sukarelawan,” katanya.
Sehingga jam 6 petang Ahad, pasukan SAR gagal menemui sebarang petunjuk.
Rudi Affendi Khalik
Sun Sep 01 2019
Gerakan SAR sedang dilaksanakan di Batang Suai, Niah untuk mencari rakyat Indonesia yang dikhuatiri lemas. Gambar ihsan JBPN Sarawak
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Rakyat Indonesia dikhuatiri lemas, bot angkut sawit karam
Seorang rakyat Indonesia dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki dengan dua rakannya tenggelam dalam insiden di Batang Suai, Batu Niah berhampiran Kampung Iran di sini pagi tad