awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia bangga Menara Merdeka 118 dalam 'Thunderbolts'

Bernama
Bernama
02/05/2025
15:30 MYT
Rakyat Malaysia bangga Menara Merdeka 118 dalam 'Thunderbolts'
Sebelum ini Marvel Studios berkongsi babak di sebalik tabir pembikinan filem tersebut yang menunjukkan aksi terjunan lagak ngeri pelakon utama Thunderbolts, Florence Pugh dari puncak Merdeka 118. - Gambar fail/PNB Merdeka Ventures
KUALA LUMPUR: "Menyala Malaysiaku, Malaysia Boleh, Malaysia Mendunia,".
Itu antara luahan perasaan bangga rakyat Malaysia selepas menonton filem adiwira terbaharu Marvel Studios, Thunderbolts yang memaparkan mercu tanda baharu negara Merdeka 118, menara kedua tertinggi di dunia.
Buat julung kali pencakar langit setinggi 678.9 meter milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi anak syarikatnya PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd itu, dipilih sebagai lokasi penggambaran filem Hollywood berkenaan yang mula ditayangkan di pawagam tanah air semalam.
Perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia juga antara komen yang banyak diluahkan di laman sosial apabila nama negara disebut beberapa kali dalam filem Thunderbolts itu.
"Rasa bangga nama Malaysia terpahat di salah satu movie antarabangsa," komen ApiZ dalam laman Tiktok.
Seorang lagi warganet, Saiful Nizam berkongsi 'Saya bangga jadi anak Malaysia,'.
Turut berkongsi perasaan teruja ialah pengulas filem Shahril Izzat Rosli atau lebih dikenali dengan nama akaun TikToknya Shahril Pencinta Muvee.
Shahril, 32, yang juga seorang guru berkata sebagai rakyat negara ini, beliau berasa bangga apabila menonton mercu tanda negara dalam filem antarabangsa yang sekali gus akan memperkenalkan Malaysia ke persada dunia.
"Sudah tentu saya sangat teruja dan bangga apabila melihat mercu tanda negara muncul dalam filem Hollywood, apatah lagi filem Marvel yang mempunyai peminat tersendiri dari seluruh dunia.
"Bukan sekali tapi berulang kali nama Malaysia dan Kuala Lumpur disebut dalam filem berkenaan, memang sesuatu yang amat membanggakan," katanya kepada Bernama.
Shahril berkata filem tersebut juga membuatkan Malaysia lebih dikenali khususnya dalam kalangan peminat karya Marvel.
Sebelum ini Marvel Studios berkongsi babak di sebalik tabir pembikinan filem tersebut yang menunjukkan aksi terjunan lagak ngeri pelakon utama Thunderbolts, Florence Pugh dari puncak Merdeka 118 dan video berkenaan mencuri tumpuan ramai terutama dalam kalangan penggemar filem Marvel di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laman sosial
#TikTok
#Thunderbolts
#Menara Merdeka 118
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan