SINGAPURA: "Perjalanan ke lapangan terbang adalah metafora. Saya menjemputnya dalam kegelapan. Dia kemudian beredar untuk pemeriksaan kastam ketika matahari mula terbit. Hari baharu. Kehidupan baharu."
Itu kata Wong Siew Hong, peguam yang mewakili Beh Chew Boo, 38, rakyat Malaysia yang terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada kesemua lima pertuduhan membawa dadah ke Singapura dan kembali ke Malaysia sebagai lelaki yang bebas.
"Saya rasa sempurna, saya telah melakukan tugas saya sebagai seorang peguam, lelaki dan sahabat," kata Wong yang berasal dari Singapura kepada Bernama di Lapangan Terbang Changi awal hari ini.
Beh berlepas ke Pulau Pinang tidak lama kemudian.
"Ia merupakan perjalanan yang boleh saya kongsikan bersamanya. Daripada waktu susah dan senang," kata peguam berusia 60 tahun itu.
"Banyak yang saya pelajari sepanjang perjalanan ini dan saya bersyukur, tuhan memilih saya sebagai individu yang menyelamatkan Beh daripada kematian," kata rakan kongsi di Eldan Law LLP itu.
Beh yang dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini menjelang sambutan Tahun Baru Cina tahun lepas, terselamat daripada hukuman gantung pada Oktober selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Singapura menerima rayuannya.
Pada 2 Mac lepas, panel hakim yang sama - Sundaresh Menon, Tay Yong Kwang dan Steven Chong - turut mengetepikan permohonan pihak pendakwa untuk mengenakan empat pertuduhan yang lebih ringan berkaitan dadah terhadap Beh.
Panel hakim membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada Beh.
Setelah Beh bebas daripada tahanan, lelaki itu berada di bawah jagaan Wong.
Pada 10 hari lepas, beliau menyediakan penginapan sementara buat Beh di sebuah hotel, serta pakaian dan perbelanjaannya sehingga urusan kepulangannya ke tanah air selesai.
Di pintu pelepasan di lapangan terbang, Beh dilihat menunduk kepada Wong yang telah membuktikan bahawa anak guamnya itu tidak bersalah dalam perjuangan di mahkamah yang berlangsung selama 52 bulan, sambil Wong turut membalasnya dengan lambaian di sebalik pintu kaca.
Beh turut menghantar klip audio 10 saat kepada penulis sebaik duduk di dalam pesawat, dan mesej: "Kak Mas, jaga diri sendiri. Jumpa lagi ya, kakak Mas."
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 11 2021
Beh dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura menjelang sambutan Tahun Baru Cina tahun lepas, tetapi terselamat daripada hukuman gantung selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Singapura menerima rayuannya pada Oktober. --fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Dua pengikut 'Tuhan Harun' terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun bunuh pegawai JAIP
Permohonan kedua-dua pemohon dibenarkan, hukuman mati digantikan dengan pemenjaraan.
Ibu bapa Zulfarhan sujud syukur, lega dengan keputusan Mahkamah Rayuan
Zulkarnain Idros berkata, mereka sekeluarga sangat bersyukur serta lega di atas hukuman yang dikenakan ke atas enam suspek yang terlibat mendera dan membuli Allahyarham Zulfarhan.
Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan
Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu.
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Miliki dadah, buruh terlepas hukuman gantung, diganti penjara 10 tahun
Seorang buruh terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan dan hukuman mati atas kesalahannya mengedar dadah.
'Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati
Samira dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh ketika waktu subuh pada Rabu di penjara Ghezel Hesar.
Suami isteri warga Indonesia mengaku salah bunuh majikan
Sepasang suami isteri warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh majikan mereka di Kulai, tiga tahun lepas.
Jurukimpal bunuh suri rumah terlepas hukuman gantung, diganti penjara 35 tahun
Jurukimpal terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meringankan hukuman mati terhadapnya kepada penjara 35 tahun kerana membunuh seorang suri rumah.
Tiga lelaki terlepas tali gantung, dipenjara 15 tahun miliki dadah
K. Dinakaran, 43, bersama warga Bangladesh, Asraful Alam, 28, dan rakyat India, Arivazhagan Murugesan, 50, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan rotan.
Kes edar ganja: Kontraktor terlepas hukuman gantung
Seorang kontraktor terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadapnya bagi kesalahan mengedar dadah.