awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Perundingan Gig bakal ditubuh, bincang isu ‘bidding’ e-hailing - KESUMA
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia boleh terus kerja di Singapura - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/03/2020
05:35 MYT
Rakyat Malaysia boleh terus kerja di Singapura - Ismail Sabri
Ismail Sabri memberitahu, kerajaan negeri Johor akan terlibat secara langsung kerana ianya melibatkan pergerakan harian dari Singapura dan Malaysia.
Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura boleh terus berada di sana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan memandangkan kerajaan republik itu bersetuju untuk menyediakan tempat tinggal.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, Singapura juga bersedia untuk melakukan saringan kesihatan ketika mereka kembali ke tanah air bagi memastikan bebas daripada wabak COVID-19.
"Kesemua kos itu akan ditanggung oleh Singapura," katanya yang juga Menteri Pertahanan pada sidang akhbar khas di Putrajaya pada Jumaat.
Kira-kira 400,000 rakyat Malaysia dilaporkan bekerja di Singapura dengan hampir 200,000 daripadanya berulang-alik antara Johor Bahru ke negara itu setiap hari menaiki motosikal.
Ismail Sabri juga memberitahu, penghantaran produk-produk makanan dari Malaysia juga boleh diteruskan dengan syarat pemandu berkenaan perlu melalui saringan setiap kali keluar dan masuk ke negara itu.
Dalam perkembangan yang sama beliau memberitahu, kedua-dua negara akan menubuhkan dua jawatankuasa khas iaitu satu di peringkat menteri dan satu di peringkat ketua setiausaha kementerian.
"Jawatankuasa peringkat menteri akan dipengerusikan bersama saya dan Menteri Pertahanan Singapura manakala jawatankuasa kerja akan dipengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian luar bersama ketua setiausaha kementerian-kementerian lain dari kedua-dua negara," jelasnya.
Beliau menambah, untuk itu, kerajaan negeri Johor akan terlibat secara langsung kerana ia melibatkan pergerakan harian dari Singapura dan Malaysia.
"Kita akan memantau dari semasa ke semasa," jelasnya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri juga meminta kerjasama ibu bapa yang sudah pulang ke kampung supaya tidak kembali ke ibu negara memandangkan anak-anak mereka tidak bersekolah, dua minggu ini.
"Teruskan di kampung, teruskan tinggal di kampung. Jangan pulang ke Kuala Lumpur. Yang dah balik, baliklah. Tinggal di rumah masing-masing," katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Johor Bahru
#Kementerian Luar
#kesihatan
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Putrajaya
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan