NATIONAL
Rakyat Malaysia di India dan Pakistan dinasihat hubungi kedutaan

Mohamad Hasan menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media pada majlis perasmian Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang 3, hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang berada di India dan Pakistan, khususnya pelajar dinasihatkan supaya menghubungi pihak kedutaan di negara berkenaan dan mengemukakan maklumat lengkap bagi memudahkan urusan komunikasi serta bantuan jika diperlukan.
Ringkasan AI
- Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menggesa rakyat Malaysia, khususnya pelajar, supaya menghubungi pihak kedutaan dan mengelakkan kawasan berisiko, termasuk Kashmir, susulan ketegangan rentas sempadan antara kedua-dua negara.
- Beliau meminta India dan Pakistan untuk segera meredakan situasi dan tidak memburukkan keadaan, sambil menegaskan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden tersebut.
- Kerajaan Malaysia mengikuti perkembangan konflik ini secara dekat dan menggesa kedua-dua negara untuk bertenang serta mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan krisis berpanjangan.
"Setakat ini tiada rakyat Malaysia terjejas (dalam serangan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Senawang 3 di sini hari ini.
Sementara itu beliau berkata Malaysia menyeru agar India dan Pakistan segera menghentikan ketegangan dan tidak memburukkan lagi keadaan di sana.
Mohamad berkata Wisma Putra dalam kenyataan baru-baru ini turut memaklumkan kerajaan mengikuti rapat perkembangan terkini mengenai peningkatan ketegangan antara India dan Pakistan, serta menggesa kedua-duanya untuk bertenang.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami