KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menunjukkan minat yang luar biasa untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) meskipun terdapat pelbagai laporan berkaitan kes integriti anggota pasukan itu akhir-akhir ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Mengambil contoh pengambilan untuk jawatan inspektor baru-baru ini, beliau berkata PDRM menerima 40,000 permohonan walaupun kekosongannya hanya 400.
"Jadi di sebalik hiruk-piruk orang bercerita tentang integriti polis, hakikat sebenarnya ialah bila ada kekosongan, berbondong-bondong rakyat memohon dan kualiti dalam kalangan pemohon itu pula sangat tinggi.
"Ada antaranya mempunyai keupayaan bertutur pelbagai bahasa, memiliki kelulusan profesional bahkan ada yang sudah jadi peguam dan sedang praktis menjadi peguam," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mewujudkan program pencegahan stres berasaskan syariah kepada anggota polis bermasalah berikutan terdapat beberapa kes kematian membabitkan mereka yang mengalami tekanan.
Menjawab pertanyaan itu, Saifuddin Nasution berkata usaha pencegahan sentiasa dibuat secara berterusan seawal mungkin bermula dari proses pengambilan bagi memastikan kes-kes seperti itu dapat diminimumkan.
Beliau berkata ini termasuk menjalankan ujian psikologi yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM.
"BAKA ialah bahagian yang akan menguruskan (meneliti) hal seperti itu termasuk insiden (kes) terpencil di beberapa kawasan yang sememangnya ada simptom tekanan kerja yang pelbagai, kadang-kadang disebabkan pertukaran tempat kerja baharu dan dia (anggota polis) tidak betah dengan suasana tempat kerja baharu," katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata sejak Disember 2022, seramai 1,466 anggota dan pegawai polis telah diambil tindakan disiplin kerana pelbagai kesalahan termasuk integriti.
Selain itu, katanya sebanyak 1,467 aduan juga telah diterima melalui Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) setakat 15 Mac lepas, meliputi pelbagai perkara termasuk rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.