KUALA LUMPUR:Nama 'Uncle Hashim' mungkin tidak begitu dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia di sini namun beliau bukan seperti bapa saudara atau pak cik anda di rumah.
Di Australia, Uncle Hashim atau nama sebenarnya Abdul Rahman Hashim boleh dianggap sebagai individu yang agak terkenal.
Selepas bertahun-tahun menghulurkan khidmat secara sukarela kepada komuniti Islam dan rakyat Malaysia di Canberra, beliau bukan sekadar mendapat tempat di hati komuniti terbabit malah pengiktirafan kerajaan Australia yang menganugerahkannya Pingat Order of Australia (OAM) semasa sambutan Hari Australia semalam.
Selepas tiga tahun berhijrah ke Australia pada 1969, Abdul Rahman mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Rakyat Malaysia Australia sebagai usaha menyatukan rakyat negara ini di Canberra.
"Ideanya adalah untuk menjaga mereka. Masalah utama di sana ialah tiada daging halal, jadi saya bersama-sama beberapa rakan memulakan perbincangan dengan kerajaan persekutuan dan mereka bersetuju menjadikan penyembelihan halal sebagai sesuatu yang sah," katanya dalam temu bual dengan stesen radio ABC yang dikongsi menerusi saluran YouTube Anil Sabah Al Ahmad Masjid.
Sepanjang berada di Canberra, Abdul Rahman turut menjadi sukarelawan di hospital sebagai penjaga kepada pesakit Islam yang bermula ketika isterinya menerima rawatan kerana menghidap penyakit kanser.
Meskipun sudah berusia 79 tahun, beliau masih aktif mengajar komuniti Islam di Canberra membaca Al-Quran secara sukarela dan melakukan upacara pengebumian.
"Kami melatih orang tetapi mereka agak keberatan kerana terpaksa berdepan pelbagai jenis mayat, sama ada normal atau kematian yang disebabkan kemalangan, jadi memerlukan masa untuk menanganinya," kata beliau.
Menurut artikel yang disiarkan Australian Muslim Times, aktivis sosial itu turut diiktiraf oleh Perkhidmatan Awam Australia dan menerima anugerah tertinggi Rotari iaitu Felow Paul Harris pada 1987 semasa beliau menganggotai Kelab Rotari Bandaraya Canberra.
Beliau juga terlibat dalam penubuhan pelbagai persatuan termasuk Majlis Pelajar Luar Negara Canberra, Persatuan Pelajar Malaysia, Persatuan Pelajar Islam Canberra dan Persatuan Rakyat Malaysia Australia semasa zaman mudanya di Universiti Canberra.
Usaha terkini Uncle Hashim ialah pelancaran Australian Muslim Aged and Respite Care, sebuah platform yang menyalurkan bantuan kepada komuniti Islam di Canberra menggunakan perkhidmatan kebajikan yang dibayar oleh kerajaan dengan matlamat menyediakan tempat yang selesa kepada warga emas beragama Islam dengan penjagaan perubatan penuh.
Akhbar tempatan menjelaskan bahawa anugerah itu diberikan Gabenor Jeneral Australia kepada Uncle Hashim sebagai mengiktiraf semangat dan kerja keras beliau dalam membantu komuniti Islam di negara tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Meskipun sudah berusia 79 tahun, Abdul Rahman masih aktif mengajar komuniti Islam di Canberra membaca Al-Quran secara sukarela dan melakukan upacara pengebumian. - Foto amust.com.au

Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.

Nasib 700 pekerja kilang tayar Silverstone Taiping akan dibela - Exco
Setakat ini 200 pekerja syarikat Silverstone telah diserapkan ke kilang Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian COVID-19.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Rakyat Malaysia 'Uncle Hashim' dianugerah pingat Order of Australia
Di Australia, Uncle Hashim atau nama sebenarnya Abdul Rahman Hashim boleh dianggap sebagai individu yang agak terkenal.