Rakyat dan peniaga menjadi mangsa apabila Kerajaan gagal membayar balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mengikut tempoh masa yang dijanjikan.
Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, ia merupakan kepincangan besar yang tidak boleh dipandang rendah selepas enam bulan GST dilaksanakan.
"Kelewatan bayaran balik GST ini telah ditimbulkan sebelum ini oleh pelbagai pihak baik peniaga sendiri atau dewan-dewan perniagaan. Bagaimanapun kerajaan hanya memberi pengesahan semalam bahawa selama ini telah lewat membayar balik GST kepada peniaga," katanya semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong mengesahkan sejak GST dilaksanakan, hanya 41 peratus bayaran balik dibuat mengikut undang-undang dalam tempoh 14 hari dari tarikh borang difailkan.
Oleh itu jelas Mohd Rafizi, sebanyak 59 peratus daripada bayaran balik setakat ini tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan Kerajaan sendiri.
"Sebanyak 59 peratus peniaga lewat terima bayaran balik akan membawa kesan kepada aliran tunai peniaga. Apabila aliran tunai terjejas, ia sekali gus meningkatkan kos perniagaan yang boleh menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
"Saya tidak boleh menerima alasan Timbalan Menteri Kewangan semalam ia merupakan perkara biasa pada awal pelaksanaan GST kerana rakyat sudah membayar GST sejak 1 April lepas.
"Kerajaan perlu berlaku adil kepada peniaga dan rakyat. Jika Kerajaan dapat membayar balik GST tepat pada masanya, barulah adil rakyat membayar GST tepat pada masanya seperti yang diperuntukkan undang-undang," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Mohd Rafizi mahu Majlis Amanah Rakyat (MARA) segera membuat penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil terhadap pegawainya yang disyaki terbabit dalam isu pembelian tanah di Australia.
Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Tue Oct 20 2015
MOHD RAFIZI: Kerajaan perlu berlaku adil kepada peniaga dan rakyat. Jika Kerajaan dapat membayar balik GST tepat pada masanya, barulah adil rakyat membayar GST tepat pada masanya seperti yang diperuntukkan undang-undang.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan arah bayar balik pelanggan jika penerbangan lewat lebih lima jam
Syarikat penerbangan kini dikehendaki menawarkan pengguna pilihan bayaran balik sepenuhnya dalam cara pembayaran asal sekiranya mengalami kelewatan penerbangan lima jam dan lebih.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Peluang bayar balik pinjaman PTPTN menerusi tawaran menarik insentif diskaun
Insentif pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN disambut baik apabila ramai mengambil pendekatan itu untuk melangsaikan baki tertunggak.
Sarawak desak AirAsia bayar balik tiket penerbangan dibatalkan - Lee Kim Shin
JPBNS dan Kementerian Pengangkutan Sarawak memberi perhatian khusus kepada perancangan dan kekerapan penerbangan ke Sarawak dari Sabah, kerana mengambil kira keadaan semasa COVID-19 di negeri itu.
Malaysia terima pelbagai cadangan bagi RTS - Loke
Loke berkata kerajaan menimbang untuk melibatkan sektor swasta dalam projek tersebut, yang menelan kos RM4 bilion dan akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
'Rakyat, peniaga jadi mangsa lambat terima bayaran balik GST' - Rafizi
Naib Presiden PKR itu berkata beliau tidak boleh terima kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong semalam yang hanya 41 peratus bayaran balik dibuat mengikut undang-undang.
Apple setuju pulangkan RM106.8juta kepada pelanggan
Syarikat pengeluar telefon pintar itu juga telah memperuntukan minimum 32.5juta dollar untuk dipulangkan kepada pengguna serta tiada had maksima.
Idris jumpa NGO bincang isu PTPTN Rabu ini
Pertemuan bagi mendapatkan pendapat dan cadangan bagi memastikan peminjam yang berdepan kesukaran untuk membayar balik pinjaman mendapat keadilan dan tidak teraniaya.