awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat perlu kekal keharmonian demi kekuatan dalaman Malaysia - Dr Wan Azizah

Bernama
Bernama
20/04/2025
12:00 MYT
Rakyat perlu kekal keharmonian demi kekuatan dalaman Malaysia - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata keharmonian antara kaum di Malaysia menjadi asas kepada kekuatan negara. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta rakyat supaya terus mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum demi kestabilan dalaman negara sekali gus membolehkan Malaysia berperanan aktif selaku Pengerusi ASEAN.
Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata keharmonian antara kaum di Malaysia menjadi asas kepada kekuatan negara.
Beliau berkata kekuatan dalaman negara ini juga akan membolehkan Malaysia memainkan peranan sebagai penstabil politik di peringkat serantau dan antarabangsa.
"Alhamdulillah, negara ini berbilang kaum, dan kita bersatu sebagai masyaraka. Ini penting untuk kita terus pelihara keharmonian dan gunakan perayaan ini sebagai medium mengeratkan perpaduan. Penting untuk kita (Pengerusi ASEAN) membangunkan (keharmonian)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bandar Tun Razak hari ini, yang turut dihadiri Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah menyifatkan lawatan Presiden China Xi Jinping pada Selasa lepas membuktikan Malaysia mendapat perhatian utama dari negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.
"Presiden China Xi Jinping melawat Malaysia selama tiga hari ... .Ini menunjukkan bagaimana Malaysia mendapat perhatian China. Ini juga kerana geopolitik negara kita yang sudah berubah," katanya.
Xi mengadakan lawatan negara ke Malaysia bermula Selasa lepas atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Azizah Wan Ismail
#Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
#keharmonian
#kaum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan