awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat perlu minta bantuan pihak berkuasa jika berdepan bencana banjir - Siti Zailah

Bernama
Bernama
27/02/2022
11:14 MYT
Rakyat perlu minta bantuan pihak berkuasa jika berdepan bencana banjir - Siti Zailah
Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam sentiasa bersedia menyelamatkan mangsa yang terperangkap atau terkandas akibat bencana alam itu. - Gambar fail/BERNAMA
PASIR MAS: Rakyat diingatkan supaya segera meminta bantuan pihak berkuasa sekiranya rumah mereka dinaiki air dan berdepan bencana banjir bagi menggelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam sentiasa bersedia menyelamatkan mangsa yang terperangkap atau terkandas akibat bencana alam itu.
"Kita akan cuba membantu semua mangsa banjir dan kalau boleh, kita cuba selamatkan dahulu golongan berisiko, warga emas, orang kurang upaya serta kanak-kanak.
"Sekiranya mangsa hanya berada di rumah dan tidak meminta bantuan, usaha membantu agak sukar dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Taman Wira Jaya dan Perumahan Prima dekat Lubok Jong di sini hari ini.
Beliau juga berkata kerajaan akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan mangsa banjir sebelum membawa mereka ke pusat pemindahan sementara.
"Dalam situasi banjir sebegini, agensi penyelamat biasanya tidak menang tangan dalam usaha menyelamat dan semua pihak diminta bersabar," katanya.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut menjelaskan bahawa 70 peratus penduduk di kawasannya telah terjejas akibat banjir yang tidak dijangka pada kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#bencana
#bantuan
#Siti Zailah Mohd Yusof
#Ahli Parlimen Rantau Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan