KUALA LUMPUR: Rakyat yang ingin mendapatkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap perlu membuat permohonan kepada syarikat penyedia perkhidmatan kerana ia tidak dilaksanakan secara automatik.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata selepas permohonan dilakukan, pihak penyedia perkhidmatan akan memaklumkan tentang proses serta syarat yang perlu dipenuhi untuk pakej berkenaan.
"Sebagai contoh, mereka mungkin pelanggan sedia ada tetapi pada pakej yang berbeza. Setelah pakej pada hari ini dilancarkan, maka mereka boleh berhubung dengan penyedia perkhidmatan untuk melakukan perubahan kepada pakej baharu.
"Sekiranya cukup semua syarat, maka ia akan diluluskan oleh syarikat penyedia perkhidmatan Internet jalur lebar talian tetap," katanya selepas melancarkan Pakej Perpaduan Projek Perumahan Rakyat (PPR)/ Perumahan Awam (PA)@MyKabel di Dataran PPR Kerinchi di sini hari ini.
Fahmi berkata kontrak antara penyedia perkhidmatan dengan pelanggan tidak melibatkan kerajaan, bagaimanapun pelanggan masih boleh menyalurkan sebarang aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya terdapat masalah.
Mengenai program hari ini, beliau berkata sebagai permulaan sebanyak 40,000 unit PPR disasarkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan iaitu TIME dotCom (Time) untuk Pakej Perpaduan PPR/PA@MyKabel.
Ia melibatkan PPR Kampung Baru Hicom, PPR Kota Damansara, PPR Lembah Subang 2 dan PPR Taman Putra Damai di Selangor; PPR Kerinchi dan PA Desa Rejang di Kuala Lumpur; PPR Melana Indah 2 di Johor serta PPR Kampung Melayu di Pulau Pinang.
Pakej tersebut menyediakan Internet berkelajuan 100 Mbps dengan data tanpa had RM69 berserta kontrak langganan 24 bulan, 30 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa sekitar RM99 di kawasan perumahan berstrata.
Dalam pada itu, Fahmi berkata tahap capaian 5G di Kuala Lumpur kini adalah 97.5 peratus berbanding 54.7 peratus capaian di seluruh negara.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Digital Ma. Sivanesan, Pengarah Eksekutif Time Datuk Zainal Amanshah Zainal Arshad dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Azmi Abdul Hamid.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil melihat kabel 'fibre optic' ketika Majlis Pelancaran Pakej Perpaduan Projek Perumahan Rakyat (PPR)/ Perumahan Awam (PA) @ MyKabel di PPR Kerinchi hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Rakyat perlu mohon untuk Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap - Fahmi
Rakyat yang ingin mendapatkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap perlu membuat permohonan kepada syarikat penyedia perkhidmatan kerana ia tidak dilaksanakan secara automatik.
Pakej internet RM69: Kaji semula kontrak 24 bulan - MCCA
Kontrak 24 bulan dalam Pakej Perpaduan beri bayangan negatif, tanggapan kapitalisma.
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dilancar, sasar B40, pesara dan warga emas
Inisiatif Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had dengan harga hanya RM69 sebulan dilancar.
Maxis sokong perkhidmatan jalur lebar mampu milik untuk kumpulan sasar
Maxis Bhd mengulangi komitmennya untuk memainkan peranan penting dalam menyokong agenda kerajaan untuk menjadikan kesalinghubungan sebagai perkhidmatan utiliti asas dan boleh diakses oleh semua pihak.
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap berbaloi, ringankan beban golongan sasar
Perkhidmatan itu disediakan dengan kelajuan 30 Mbps bersama data tanpa had hanya RM69 sebulan serta kontrak langganan selama 24 bulan.
Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.
Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.