Rakyat di negeri ini disaran merebut segala peluang yang diberikan supaya dapat meningkatkan taraf hidup dan tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata rakyat juga perlu memainkan peranan menjayakan hasrat kerajaan untuk mencapai kemajuan dengan mengambil sebahagian daripada tanggungjawab yang dipikul kerajaan.
"Di mana-mana negara pun, kalau rakyat mengharapkan sepenuhnya bantuan daripada kerajaan, saya rasa negara tersebut tidak akan dapat mencapai kejayaan. Negara yang berjaya adalah negara yang memiliki rakyat yang memikul tanggungjawab bersama," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Taman Cendana, di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya masyarakat memainkan peranan yang aktif dalam merebut peluang yang diberikan, ia tentu dapat membantu pembangunan dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi sekali gus menyumbang kepada kestabilan negara.
Mengenai pemberian BR1M, Mohamed Khaled menegaskan ia bukan rasuah sebaliknya bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya masyarakat dalam kategori kurang berkemampuan.
"Kerajaan mahu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Apabila meningkat, bermakna jumlah penerima bantuan juga boleh berkurangan sekali gus dapat menambah jumlah BR1M yang diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan lain," katanya.
Bantuan kepada kumpulan sasaran seumpama itu dilaksanakan tidak hanya di negara ini tetapi turut dilakukan di negara maju termasuk negara jiran, katanya.
Terdapat 63 negara mengamalkan skim bantuan pemindahan wang tunai kepada kumpulan sasaran rakyat masing-masing dan ia juga diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk baucar atau kupon makanan dan barangan asas.
"Di Singapura, ia dinamakan 'ComCare' dan dilaksanakan sejak 2005 yang membantu 1.4 juta rakyat yang tidak mampu bekerja, tiada sumber pendapatan serta mempunyai sokongan keluarga yang terhad.
"Brazil menamakan bantuan sebegini sebagai Bolsa Familia. Ia membantu 36 juta keluarga di negara itu dan berjaya menurunkan kadar kemiskinan tegar sebanyak 89 peratus," katanya.
Dalam pada itu, Anggota Parlimen Pasir Gudang Datuk Normala Abdul Samad berkata terdapat 1,187 penerima BR1M bagi Parlimen Pasir Gudang tahun ini.
Normala berkata daripada jumlah itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas merekodkan 525 penerima manakala 662 penerima di DUN Johor Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2017
KHALED: Negara yang berjaya adalah negara yang memiliki rakyat yang memikul tanggungjawab bersama.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
PLKN 3.0 ikut acuan Malaysia, pupuk kemajmukan rakyat - Khaled Nordin
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 tidak akan mengikut acuan atau format negara luar.
Hukuman lima kadet ALK-UPNM terbabit kes buli dua minggu lagi
Keputusan hukuman terhadap lima kadet ALK Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit dalam dua kes buli berasingan diketahui dalam tempoh dua minggu.
Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin
Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui pada Oktober ini.
Ahli UMNO jangan desak parti - Khaled Nordin
Semua ahli UMNO diingatkan agar tidak lagi mendesak kepimpinan parti dengan pelbagai tuntutan yang sukar untuk dipenuhi.
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
Konflik Gaza cabar hati nurani setiap manusia - Khaled Nordin
Malaysia kekal dengan pendirian menyokong gencatan senjata serta-merta dan menyambut baik sebarang cadangan yang membantu ke arah mencapai matlamat itu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.