Rakyat hanya akan merasai transformasi teknologi mudah alih generasi kelima atau 5G dalam masa empat atau lima tahun selepas ia dilancarkan.
Ketua Kandungan Digital Amanz, Effi Nazrel Saharudin berkata, ia disebabkan rakyat masih baru menikmati kelebihan 4G yang diperkenalkan pada 2013.
Jelasnya, teknologi 3G diperkenalkan pada tahun 2009, 4G pada 2013 dan 5G pada 2021.
"Peningkatan untuk kos sara hidup bagi mereka yang awal menggunakan teknologi itu hanyalah mereka yang berada dan tidak kisah tentang harga peranti berkenaan.
"Harga dan kos teknologi 5G ini akan menurun selepas empat atau lima tahun ia diperkenalkan, sama seperti yang dirasai majoriti rakyat terhadap 4G kini.
"Pada masa itu, penyedia telco tidak akan meletakkan harga yang tinggi lagi jadi buat masa sekarang, tidak akan ada peningkatan kos sara hidup kepada rakyat dalam isu berkenaan," katanya semasa dihubungi di sini, pada Jumaat.
BACA: Teknologi 5G beri kelebihan buat Malaysia harungi Revolusi Perindustrian 4.0 - Gobind
BACA: Kerajaan teliti ujian kepantasan 5G sebelum dilaksana - Gobind
Pada Khamis, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, negara boleh memanfaatkan transformasi teknologi mudah alih generasi kelima atau 5G untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Jelasnya, dengan membuat persiapan sewajarnya, 5G akan memberi lonjakan kepada setiap industri yang menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam pada itu kata Effi Nazrel, teknologi 5G diakui akan mempercepatkan kejaluan internet sekali gus meningkatkan kualiti perhubungan alam maya.
Jelasnya, fokus awal 5G dilihat tertumpu kepada beberapa aspek seperti syarikat perkongsian kereta dalam talian, teknologi dron.
Dr Mahathir sebelum ini berkata, kerajaan pada November tahun lalu sudah membentuk Pasukan Petugas 5G bagi mengenal pasti potensi yang boleh diperoleh daripada 5G.
Jelasnya, perubahan dari 4G ke 5G bukan perkara yang boleh dilakukan semalaman, sebaliknya memerlukan usaha yang ketara dalam penyelidikan dan pembangunan, kerjasama industri dan sumber yang diperlukan untuk menyokong usaha itu.
Wan Syamsul Amly, Siti Hajar Jamaludin
Fri Apr 19 2019
EFFI NAZREL: Teknologi 5G diakui akan mempercepatkan kejaluan internet sekali gus meningkatkan kualiti perhubungan alam maya.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Perkara itu antara yang dibincangkan Fahmi dalam mesyurat dua hala bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.
Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi
Setakat ini, 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara dengan 564 di Sabah dan 551 di Sarawak.
Transisi kepada penggunaan 5G di Malaysia dijangka matang dalam 10 hingga 15 tahun
Proses transisi kepada penggunaan teknologi 5G di Malaysia dijangka matang sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik
TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.
Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G
Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.
Capaian liputan 5G di Malaysia cecah 85 peratus
Capaian rangkaian 5G di Malaysia kini mencecah 85 peratus dalam usaha melonjakkan kemajuan negara bagi aspek pendigitalan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Digital Datuk Rodzi Md Saad.