awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Thailand pulang mengundi perlu ikut laluan sah

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2023
07:01 MYT
Rakyat Thailand pulang mengundi perlu ikut laluan sah
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sekiranya individu tertangkap mereka akan hilang hak untuk mengundi pada pilihan raya itu nanti. - Gambar fail
KOTA BHARU: Rakyat Thailand yang bekerja dan mencari rezeki di negeri ini disaran menggunakan laluan sah untuk pulang ke negara mereka untuk mengundi pada pilihan raya Ahad nanti.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sekiranya individu tertangkap mereka akan hilang hak untuk mengundi pada pilihan raya itu nanti.
"Jadi...nasihat saya gunakan laluan yang sah. Kita (Malaysia) ada tiga laluan sah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga (Jeli), Rantau Panjang (Pasir Mas) dan Pengkalan Kubor (Tumpat)," katanya selepas diminta mengulas berkemungkinan ada rakyat Thailand yang berada di Kelantan akan menggunakan laluan tidak sah untuk pulang mengundi.
Sebelum itu, Muhamad Zaki hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini pada Selasa malam.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria.
Pada majlis tersebut Muhamad Zaki turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak kakitangan warga IPD Pasir Puteh yang menghadiri sambutan tersebut.
Pilihan Raya Thailand 2023 pada Ahad ini menyaksikan lebih daripada 52 juta orang yang layak mengundi, termasuk 4 juta pengundi baharu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU Thailand
#kerja di Malaysia
#laluan sah
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan