ISTANBUL: Setahun sudah berlalu sejak kejadian gempa bumi menggegarkan Turkiye hingga meragut ribuan nyawa dan menyebabkan ramai hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.
Namun, bumi Turkiye tidak lagi kelihatan seperti dahulu ekoran mengalami pemulihan luar biasa.
Ketika insiden malang itu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) antara terawal tiba di Turkiye bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan pasukan itu berjaya digerakkan dalam tempoh 24 jam.
Bantuan kemanusiaan Malaysia disambut baik oleh rakyat Turkiye terutama mangsa gempa bumi.
Isyarat itu jelas membuktikan hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara melangkaui kerjasama dalam sektor perdagangan, perniagaan, pendidikan dan silang budaya.
Penulis yang kini berada di Turkiye untuk menyaksikan sendiri usaha pemulihan sempat bertemu beberapa mangsa gempa bumi di kawasan terjejas termasuk Gaziantep, Malatya, Adıyaman dan Hatay.
Mereka berterima kasih kepada kepimpinan Malaysia yang bertungkus-lumus membantu dan memberi sumbangan ketika dilanda musibah.
Sementara itu, Ketua Bomba dan Polis Perbandaran Metropolitan Gaziantep, Cafer Yilmaz berkata beliau amat mengagumi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempamerkan keprihatinan terhadap rakyat Turkiye dengan menyalurkan sumbangan dan bantuan.
"Saya kenal beliau (Anwar) dan mengikuti perkembangannya melalui Twitter (kini platform X) kerana beliau banyak membantu Turkiye semasa gempa bumi tahun lalu," katanya kepada Bernama semasa sesi lawatan yang bertemakan ' The Activities Carried Out On The First Anniversary of The Earthquake' pada 31 Jan hingga 5 Feb.
Lebih 60 pengamal media antarabangsa termasuk dari Itali, Rusia, Switzerland, Belgium, Sepanyol dan Korea Selatan menyertai acara yang dianjurkan oleh Direktorat Komunikasi Turkiye.
Sementara itu, seorang penduduk di Hatay, Fatih Demirdoven, 42, berkata bantuan kemanusiaan yang disalurkan oleh beberapa negara termasuk Malaysia memberi impak yang signifikan kepada mereka untuk kembali menjalani rutin harian.
“Saya bersyukur kepada Allah kerana mendapat bantuan dari negara-negara luar termasuk Malaysia bukan sahaja membabitkan operasi mencari dan menyelamat tetapi juga dari segi keperluan harian,” katanya.
Pada 6 Feb 2023, gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria serta gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Sebanyak 11 wilayah terjejas iaitu Kahramanmaras, Hatay, Adıyaman, Osmaniye, Gaziantep, Sanlıurfa, Malatya, Diyarbakır, Adana, Kilis, dan Elazıg.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Bumi Turkiye tidak lagi kelihatan seperti dahulu ekoran mengalami pemulihan luar biasa sejak dilanda gempa bumi setahun yang lalu. - Foto Bernama
Tiga remaja tidak pulang rumah selepas keluar ke kelas silat
Tiga remaja dikenali sebagai Valensia Mail, 15; Roxanne Abbygail Richard, 13, dan Christivy Holyen Hamdy, 13, dilaporkan keluar dari rumah mereka di Kampung Kaingaran pada jam 7.30 pagi.
Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Demi langsai hutang, wanita menyamar jadi 'ibu' daftar kad pengenalan jiran
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan
Gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Gempa bumi di Taiwan diunjur beri kesan minimum kepada industri semikonduktor Malaysia
Antara bangunan di Hualien yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda timur Taiwan. FOTO CNA / AFP
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.