BAGAN SERAI: Kementerian Kesihatan tidak akan melakukan suntikan vaksin pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan, kata Timbalan Menterinya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata, sebaliknya suntikan vaksin akan dibuat seperti biasa sehingga petang sahaja kepada mereka yang sudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan, bagi mengelak ibadah di bulan suci itu terganggu.
"Saya berpendapat jika suntikan dibuat pada waktu malam mereka tidak akan datang, kerana mereka mahu melakukan ibadat tarawih yang hanya setahun sekali sahaja.
"Suntikan vaksin bagi fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 19 April ini. Bagi mereka yang tinggal di pedalaman seperti Orang ASLI, kita akan hantar pegawai perubatan melalui program 'Out Reach' untuk memberikan suntikan vaksin CanSino bagi sekali suntikan sahaja," katanya dalam sidang media selepas Program Malaysia Prihatin dan Sumbangan Ihya Ramadan, di Dewan Komuniti Bagan Serai di sini hari ini.
Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, jika ramai yang datang pada masa yang ditetapkan, pihaknya boleh menyelesaikan suntikan vaksin sehingga 70 hingga 80 peratus kepada penerima sehingga akhir tahun ini.
Ditanya mengenai kebimbangan orang ramai di bazar Ramadan jika COVID-19 merebak, beliau berkata, apa yang penting ialah masyarakat mengamalkan penjarakan fizikal, cuci tangan selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta tidak berhimpun beramai-ramai.
Pada program ini, Noor Azmi menyampaikan replika cek bernilai RM38,000 untuk diagihkan kepada 38 buah masjid di Parlimen Bagan Serai bagi tujuan mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021
Kementerian Kesihatan tidak akan melakukan suntikan vaksin pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan. - Gambar fail/BERNAMA
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.