awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramadan: Terengganu benarkan berbuka di kawasan lapang termasuk sekitar Jambatan Angkat

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2022
06:39 MYT
Ramadan: Terengganu benarkan berbuka di kawasan lapang termasuk sekitar Jambatan Angkat
Aktiviti berbuka puasa di sekitar padang Drawbridge dan Pantai Batu Buruk merupakan tradisi umat Islam di negeri ini setiap kali Ramadan.- Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu membenarkan aktiviti berbuka puasa di kawasan lapang termasuk di padang sekitar Jambatan Angkat atau Drawbridge pada bulan Ramadan nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata ianya selari dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bagaimanapun Alias mengingatkan orang ramai yang berhajat berbuat demikian supaya sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan dan sebagainya bagi menggelakkan penyebaran virus COVID-19.
“Penguatkuasaan kita akan terus buat, pemantauan di bazar kita buat, pemantauan di tempat lapang kita buat, pemantauan supaya jangan terlalu ramai, berhimpit-himpit boleh menyebarkan virus,” katanya.
Aktiviti berbuka puasa di sekitar padang Drawbridge dan Pantai Batu Buruk merupakan tradisi umat Islam di negeri ini setiap kali Ramadan.
Saban tahun, ratusan orang memenuhi kawasan berkenaan untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan selepas membeli juadah di bazar-bazar Ramadan berdekatan.
Sementara itu Alias berkata kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun tidak digalakkan memasuki bazar Ramadan.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#drawbridge
#jambatan angkat
#berbuka di padang
#puasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan