MALAYSIA
Ramai belum tahu aplikasi MyNIISe untuk mudahkan perjalanan Johor-Singapura - Exco

Kerajaan Johor menyeru orang ramai memuat turun aplikasi MyNIISe bagi melancarkan proses imigresen di pintu masuk negara. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menyeru orang ramai termasuk pelawat asing supaya memuat turun aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bagi melancarkan proses kemasukan dan pelepasan imigresen di pintu masuk negara.
Ringkasan AI
- Kerajaan Johor menyeru orang ramai termasuk pelawat asing supaya memuat turun aplikasi MyNIISe bagi melancarkan proses imigresen di pintu masuk negara, khususnya di KSAB dan BSI.
- Sistem MyNIISe sedang diuji dari 22 September hingga 28 Februari 2026 dan akan menggantikan MyBorderPass, dengan penggunaan kod QR dan pengecaman wajah diperluaskan ke semua kaunter sempadan.
- Pelaksanaan sistem ini merupakan sebahagian daripada agenda reformasi kerajaan dan dijangka mempercepatkan urusan imigresen serta meningkatkan kesalinghubungan antara Johor dan Singapura.
"Justeru, saya menyeru semua yang kerap berulang-alik dari Johor ke Singapura agar mendaftar MyNIISe kerana penggunaan kod QR ini akan diperluaskan ke semua kaunter pintu sempadan dalam masa terdekat," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memulakan percubaan sistem itu di KSAB dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bermula 22 Sept lalu hingga 28 Feb tahun depan. Sepanjang tempoh percubaan, sistem kod QR dan aplikasi MyBorderPass sedia ada masih diteruskan.
Sistem NIISe merupakan antara inisiatif utama di bawah agenda reformasi kerajaan, dengan pelaksanaannya dipercepat daripada jadual asal iaitu Mac 2026. Aplikasi berkenaan kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.
Pada masa sama, Mohamad Fazli berkata beliau turut meninjau kemajuan kerja pemasangan lapan mesin pengecaman wajah (FR) dan kod QR (empat unit masuk, empat unit keluar) bagi menggantikan peralatan lama yang telah rosak.
"Mesin ini akan berfungsi sama seperti MyBorderPass tetapi menggunakan aplikasi MyNIISe. Insya-Allah, peralatan ini akan mula diuji pada pertengahan bulan depan sebelum diperluaskan ke semua kaunter motosikal di KSAB dan BSI," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami