Presiden Kongres Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam Datuk Omar Osman meminta 1.3 juta penjawat awam mengurus kewangan secara bijak.

Tegas beliau sehingga 31 Dis 2010, seramai 2,000 kakitangan awam diisytihar muflis.

Menurut beliau, antara penyebab muflis ialah terlalu mudah menjadi penjamin dan gemar menggunakan kad kredit secara melulu.

Sejak April lepas, seramai 241,740 individu diisytihar bankrap dinegara ini. Daripada jumlan itu, 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.

Pinjaman kenderaan mencatatkan kes kebankrapan paling tinggi.