awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai mahu pembunuh Norazita dihukum tembak sampai mati

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
10/11/2013
10:51 MYT
Ramai mahu pembunuh Norazita dihukum tembak sampai mati
Suspek diiringi polis selepas ditangkap. -- Gambar: Twitter
Berita penangkapan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib menerima pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial.
Ramai di antara mereka mengucapkan tahniah kepada pihak polis di atas usaha dan kejayaan mereka.
Ada juga segelintir daripada mereka yang was-was terhadap berita tersebut dan inginkan bukti penangkapan.
Ada juga yang memberi cadangan hukuman untuk suspek tersebut.
Berikut adalah kompilasi komen-komen yang dikemukakan di Facebook, Twitter dan laman astroawani.com:
Hajis Jaafar: Syabas PDRM....sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga
Fareez: Tahniah tahniah dan tahniah sekali lg kepada pihak polis
Nahar: Tahniah kepada pihak polis..anda semua memang cekap
Mohd Awal Din MohdNazr: Tahniah PDRM.... Takziah keluarga Norazita.
Hk Ariiz: Betul ke? Tunjukkan bukti.. Tunjukkan muka penjenayah tu kalau betul dah ditangkap.. Takut-takut semua ni sandiwara je untuk menenangkan ketenteraman awam.. Polis pun handal berlakon tau.
Khaidir Zulkifli: Mane gambar? Jgn tutup muka ya rakyat berhak tahu.
Noriz Mel: Jangan banyak bicara..kasi can husband arwah bagi penumbuk kaw kaw kat perut bakal jenazah pembunuh tu
Pelangi Indah: Tembak kepala si penembak pakai shotgun!! Jarak 2 inchi dari muka.
@PDRMsia good job. kasi pancung je pembunuh ambank tu. dtg negara org kasi kecoh
— Jazli Hazwan (@Hey_gg) November 10, 2013
Tahniah @PDRMsia sobab dapat tangkap pembunuh Ambank..Nanti videokan hukuman gantung mamat tu,biar jadi pengajaran pada orang lain.
— Ayim #46 (@zaimessi) November 10, 2013
Mohon PDRM tunjukkan bukti suspek yang bunuh pengurus Ambank dah ditangkap . Selagi takada gambar susah nak percaya .
— Asyraff (@AsyraffNQ) November 10, 2013
Alhamdulillah..penjenayah yg tembak pegawai bank ambank tu da kene tangkap..tolonglah tembak beliau bertubi tubi pulak
— lalangwati ●_● (@farfarfarahssi) November 10, 2013
Rakyat Malaysia amnya bersyukur & gembira atas penangkapan suspek kes tembak pegawai Ambank. Syabas #PolisDirajaMalaysia @Zahid_Hamidi
— Abe Azie (@NAF_virtue) November 10, 2013
si PENJAHAT yg rompak ambank da kna tangkap. Ape kate tembak muka dia ngn pump gun gak? baru adil. padan muka!!
— t3d1834r ^^ (@nurz37dila) November 10, 2013
Now at ambank kes kena bunuh ngn guard masatu WM YEDO
— ▲ (@sabsamssss) November 10, 2013
Norazita,37, ditembak dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lalu.
Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.
Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.
Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut..
Topic Berkaitan
#ambank
#Norazita Abu Talib
#pegawal keselamatan
#suspek
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan