KEHADIRAN band ikonik popular, Coldplay menjayakan konsert siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu ternyata membuatkan penonton puas hati.
Tidak hanya memberikan persembahan memukau bertaraf antarabangsa, Coldplay juga dilihat begitu bijak mengambil hati peminat mereka di Malaysia.
Buktinya, vokalis Coldplay iaitu Chris Martin turut memberikan pantun dalam bahasa Melayu mengikut irama muzik yang dimainkan sambil tersenyum manis.
“Pergi kedai membeli sayur, masak tomyam bersama bonda, Coldplay sekarang di Kuala Lumpur, payung lagu favourite anda,” katanya.
Momen mencuit hati itu telah disambut dengan sorakan gemuruh daripada penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Momen itu juga turut menjadi tular di media sosial dan rata-ratanya memuji usaha Chris untuk bertutur dalam Bahasa Melayu demi peminat.
Selain Malaysia, Chris juga sebelum ini menjadi tular apabila berpantun menggunakan bahasa Indonesia semasa mengadakan konsert di sana.
Malah Chris juga turut menggunakan trend yang cukup popular di TikTok terutama di Malaysia iaitu Pinjam Seratus.
Mengikut trend di Malaysia, ‘Pinjam Seratus Nur Nilam Sari’ diambil daripada lirik lagu milik sifu Datuk M. Nasir iaitu Nur Nilam Sari.
Ia kemudian menjadi viral di aplikasi Tik Tok dengan ada dalam kalangan selebriti dengan berani ‘meminjam’ RM100 termasuk daripada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.
Terdahulu, media melaporkan penganjuran konsert Coldplay Music of the Sphere menerima tentangan daripada pelbagai pihak.
Antaranya daripada Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah. - Gempak
Gempak
Thu Nov 23 2023
vokalis Coldplay Chris Martin turut berpantun dalam bahasa Melayu mengikut irama muzik yang dimainkan sambil tersenyum manis.
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Malaysia negara pertama lengkapkan kontrak dalam E-Haj
Malaysia juga berjaya menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji untuk tahun ini.
Konsert Coldplay: Kuala Lumpur rekod kehadiran tertinggi, perolehan RM52 juta
Konsert di Kuala Lumpur juga meraih kutipan AS$10,904,369, perolehan tiket kedua tertinggi bagi Coldplay, selepas GBK.
Siti Nurhaliza tak perlu risau, final Piala Malaysia sudah atasi Coldplay
Siti mungkin tidak perlu bimbang lagi berikutan rekod kehadiran konsertnya diatasi Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan lalu.
Ramai puas hati dengan Coldplay
Chris Martin siap berpantun, 'payung' peminat dengan lagu-lagu kegemaran.
PDRM buat persiapan rapi menjelang konsert Coldplay
PDRM akan menjalankan pemeriksaan tubuh badan dan beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.
Konsert Coldplay: PM Anwar akan bincang dengan Mufti Wilayah
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Rabu ini.
Kalah Coldplay dan Taylor Swift, Jacky Cheung buat konsert 11 hari di Singapura
Penganjur juga mendakwa persembahan selama 11 hari akan menjadikan ia sebagai persembahan terbanyak yang pernah diadakan oleh seorang penyanyi solo di Singapura.
Konsert Coldplay: Perlu ada strategi agresif bangkitkan pelancongan di Malaysia - Khairy
Konsert kumpulan rock Coldplay ditambah menjadi enam hari di Singapura terus menjadi topik hangat rakyat Malaysia ketika ini.
Konsert hari keenam Coldplay di Singapura 'sold out' dalam tempoh 2 jam
Coldplay awalnya dijadual mengadakan konsert di Singapura pada 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024.
Malaysia terlepas peluang ekonomi Coldplay - Syed Saddiq
Singapura bakal mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu.
MOTAC teliti aduan kekurangan konsert, tunggu permohonan penganjur Coldplay
MOTAC akan meneliti aduan kekurangan konsert artis luar negara membuat persembahan di negara ini.