awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramalan hujan, ribut petir sepanjang hari esok - MetMalaysia

Bernama
Bernama
04/11/2022
10:51 MYT
Ramalan hujan, ribut petir sepanjang hari esok - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sepanjang hari esok yang merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sepanjang hari esok yang merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hujan diramalkan di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, manakala di Sabah melibatkan pedalaman, Sandakan, Kudat dan Labuan pada sebelah pagi.
Cuaca juga diramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah malam di Semenanjung iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor, Pantai Barat Sabah dan di Sarawak, melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Kapit.
Di Semenanjung, ribut petir diramalkan pada sebelah petang di beberapa tempat di seluruh negeri manakala di Sabah meliputi kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.
Di Sarawak ribut petir turut melibatkan kawasan Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, manakala hujan di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, pada sebelah petang.
Pada sebelah malam, ribut petir diramalkan di beberapa tempat di Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman dan Labuan.
SPR menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pula pada 15 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ramalan hujan ribut petir
#hari penamaan calon
#MetMalaysia
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan