Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Rabidin Satir atau lebih dikenali sebagai 'Rambo Bentong' selepas didapati bersalah membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Bentong, tiga tahun lalu.
Ini kali kedua Rabidin dijatuhi hukuman mati. Pada 6 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhi hukuman sama terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh remaja berusia 17 tahun, Annie Kok Yin Cheng, pada 2009.
Dalam prosiding hari ini, Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menjatuhi hukuman mati selepas mendapati pembelaan tertuduh yang berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.
Rabidin, 45, didakwa membunuh mangsa yang berusia 31 tahun antara jam 3.50 pagi hingga jam 4.30 pagi di JH2 Perumahan Jabatan Perhutanan, Jalan Tras, Bentong pada 3 Nov 2012.
Dia juga didakwa merompak dengan menggunakan senjata api, mendatangkan kecederaan dan dua tuduhan merogol isteri mangsa pada tarikh dan di tempat yang sama.
Mariana memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 tahun dan empat sebatan bagi kesalahan merogol isteri mangsa, selain dihukum penjara 12 tahun dan dua sebatan bagi kesalahan mengikut Seksyen 4A Akta Senjata Api.
Selain itu, Rabidin juga dihukum penjara lapan tahun dan dua sebatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas tuduhan merompak dan mencederakan isteri mangsa.
BACA: Setelah dihukum 115 tahun penjara, Rambo Bentong diperintah bela diri
Mariana memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara selama 133 tahun atas kesalahan merogol, seks luar tabii dan cubaan membunuh anggota polis yang sedang dijalaninya sekarang.
Dalam penghakimannya, beliau menyifatkan pembelaan tertuduh yang mendakwa dirinya dianiayai dan tidak mengenali mangsa serta tidak pernah masuk ke dalam kuarters Jabatan Hutan itu sebagai sukar diterima.
"Fakta yang tidak dapat disangkal adalah penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) pada cebisan sarung tangannya yang berada di rumah mangsa selain air maninya pada cadar katil dan baju isteri mangsa," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustafa manakala tertuduh diwakili peguam G. Sivakumar.
Bernama
Thu Dec 03 2015
Pada 6 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhi hukuman sama terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh remaja berusia 17 tahun, Annie Kok Yin Cheng, pada 2009. - Foto Fail Bernama
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh
Semua suspek ditahan secara berasingan selepas polis terima laporan pada 4.21 pagi Isnin daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, selepas pertuduhan dibacakan.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Komander Jihad Islam maut dalam masjid Tebing Barat
Israel menyatakan bahawa mereka telah membunuh Muhhamad Jabber, yang dikenali sebagai Abu Shujaa.