dcwedcwecxwexd.jpg
Rambut sisir tepi atau side parting antara gaya rambut praktikal dan mudah direalisasikan. Ia juga helah terbaik menyembunyikan dahi jendul atau luas selain fringe. Untuk mendapatkan sisiran tepi cantik, sebelum tidur biarkan rambut lembap dan sisir tepi. Biarkan hingga esok pagi.


sdcsccsd.jpg
Stail 1
Sanggul Tepi


Tampak sungguh ayu dan klasik! Rambut disisir ke sisi/tepi secara total. Manakala rambut di bahagian bawah disanggul rendah dengan perincian relung dan ditarik kemas ke tepi telinga. Rambut perlu digulung panas beberapa ketika sebelum dipusarkan beberapa bahagian lalu dicantum menjadi sanggul ropol. Kalau mahu, boleh dititipkan bersama selitan bunga di celah telinga atau aksesori rambut minimal.

Stail 2
Kepuk Sebelah

Hasil kepukan sederhana buat wajah menyerlah dan tidak tenggelam dek rambut yang over-volume. Langkah begaan lebih kurang sama dengan ikalan di sebelah (Stail 1), cuma hasil gulungan tidak dipusar ke atas. Sebaliknya ia dibiar beralun bebas. Hanya ditarik keseluruhan rambut ke tepi. Sisir tepi rambut atas diberi sedikit ‘body’ untuk gaya formal dan sofistikated. Gabungan menarik dan seimbang antara rambut sisir tepi dan kepuk sebelah. Gaya dandanan yang mesti dicuba.