awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
03/12/2024
06:52 MYT
Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan
Menurut Armizan, antara faktor yang mendorong aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi dalam sektor industri dan penyeludupan ke luar negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, ia membabitkan nilai rampasan berjumlah RM47 juta.
Jelasnya, seramai 1,177 orang telah ditahan dalam tempoh berkenaan membabitkan pesalah warga tempatan dan bukan warganegara.
"Di Semenanjung merekodkan 1,617 kes, Sarawak pula 421 kes, Sabah 141 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 11 kes.
"Antara faktor yang mendorong aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi dalam sektor industri dan penyeludupan ke luar negara. Ini juga termasuk penetapan harga bagi diesel bersubsidi yang diberikan secara pukal oleh kerajaan mendorong ke arah kegiatan ini," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Armizan menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta perincian jumlah tangkapan dan rampasan bagi kes penyelewengan subsidi diesel di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Armizan Mohd Ali
#kpdn
#subsidi diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan