KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang dijangka dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu ini adalah demi kestabilan politik negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan undang-undang itu adalah langkah terbaik oleh kerajaan dalam mengelakkan negara berdepan krisis politik.
"Tidak sekali-kali (rang undang-undang ini dibuat) untuk menghalang orang mengamalkan demokrasi dalam Parlimen itu sendiri, (antara) tujuannya adalah mencerminkan kepada rakyat Ahli-Ahli Parlimen itu tidak berbuat sesuka hati sahaja dan (mereka) mesti ada prinsip.
"(Selain itu) yang penting sekali adalah hasrat rakyat untuk melantik seseorang itu untuk kekal mewakili kepentingan rakyat dan negara, itu sahaja dan dengan adanya undang-undang ini, kita berharap perkara itu (ketidakstabilan politik) tidak berlaku," katanya kepada Bernama.
Beliau turut merujuk beberapa negara yang mempunyai peruntukan undang-undang dalam menangani isu lompat parti termasuk United Kingdom, India, Singapura dan New Zealand.
Wan Junaidi berkata tujuan kerajaan mengadakan rang undang-undang itu juga adalah bagi menangani kemelut pertukaran kerajaan akibat wakil rakyat yang bertukar parti atas tujuan politik dan peribadi.
"Tujuan kita supaya mengelakkan jangan berlaku (lagi) kerajaan (persekutuan) bertukar sampai tiga kali (dalam) satu penggal.
"Ini menjejaskan kestabilan dan dalam masa yang sama, kerajaan berdepan masalah ekonomi, penyakit (COVID-19) dan pelbagai lagi serta masalah orang ramai kesan (pasca) COVID-19 tetapi masa itu juga, (ada sesetengah) pihak gila berpolitik," katanya sambil menambah menjelang pembentangan rang undang-undang itu, beliau akan mengadakan sesi libat urus pada 25 Julai membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan 26 Julai bagi Ahli Parlimen pembangkang.
"Saya sudah cuba yang terbaik, saya dah jumpa semua pemimpin, saya dah hantar surat kepada semua Ahli Dewan Rakyat termasuk Perdana Menteri... (saya sebagai) Menteri di Jabatan Perdana Menteri memohon semua untuk hadir bagi pembentangan rang undang-undang ini," katanya ketika ditanya mengenai jangkaan sokongan Ahli Parlimen terhadap rang undang-undang itu.
Beliau berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.
Pada 14 Julai lepas, Wan Junaidi memaklumkan Kabinet telah meluluskan draf Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Beliau berkata pembentangan dan perbahasan rang undang-undang itu akan diteruskan dalam sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 mengikut garis masa seperti dirancang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Wan Junaidi berkata, pindaan undang-undang itu adalah langkah terbaik oleh kerajaan dalam mengelakkan negara berdepan krisis politik. - Gambar fail
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Kerajaan perlu sentiasa semak peruntukan sedia ada selari dengan perkembangan teknologi
Kerajaan perlu sentiasa menyemak peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengukuhkan lagi penguatkuasaan demi kedaulatan digital Malaysia supaya ia selari dengan perkembangan teknologi.
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.
Parlimen: Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama
Amir Hamzah Azizan ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Dewan Rakyat lulus RUU Polis (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Dasar gaji progresif, TVET dan kerosakan jalan raya antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan mengenai dasar gaji progresif diajukan Ahli Parlimen Kalabakan kepada Menteri Ekonomi dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan.
Pindaan AUKU: Pergerakan golongan mahasiswa tidak lagi terhad - PKPIM
Antaranya, agenda untuk memperkasa mahasiswa akan terhad kerana kelulusan kewangan oleh MPP mungkin tidak banyak, kata Muhammad Dzul Aiman.