awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rang undang-undang penggabungan Mavcom-CAAM dibentangkan tahun depan - Loke

Bernama
Bernama
23/10/2023
11:06 MYT
Rang undang-undang penggabungan Mavcom-CAAM dibentangkan tahun depan - Loke
Loke berkata kementerian itu sedang mengambil beberapa langkah perlu untuk penggabungan kedua-dua badan itu sebagai pengawal selia tunggal bagi aspek teknikal dan ekonomi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan dijangka membentangkan rang undang-undang mengenai cadangan penggabungan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada persidangan Parlimen tahun depan.
Menterinya Anthony Loke berkata kementerian itu sedang mengambil beberapa langkah perlu untuk penggabungan kedua-dua badan itu sebagai pengawal selia tunggal bagi aspek teknikal dan ekonomi.
"Kita perlu pertamanya, memansuhkan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 dan meminda Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 untuk kita gabungkan kuasa kepada CAAM.
"Ia satu proses yang panjang, bukan sekadar meminda undang-undang tapi kita perlu menggabungkan operasi, kita harap dapat laksanakannya tahun depan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian perkongsian kod antara Emirates dan Batik Air di sini hari ini.
Mengulas mengenai isu MYAirline Sdn Bhd, Loke berkata kementeriannya masih menjalankan siasatan sama ada syarikat penerbangan itu telah melalui prosedur yang betul sebelum diberikan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Mavcom.
"Itu adalah sesuatu yang Mvcom perlu bertanggungjawab dan mereka perlu bertanggungjawab dalam proses pemberian lesen," katanya.
Sementara itu, Loke berkata melalui kerjasama Emirates-Batik Air Malaysia, ia memberi peluang kepada Malaysia untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan utama yang meningkatkan kesalinghubungan serantau.
"Perkongsian ini menjadi bukti kepada kemungkinan besar yang menanti industri penerbangan di Malaysia," katanya.
Perkongsian kod membolehkan pelanggan Emirates mengakses lima bandar raya di Malaysia dan tiga pusat serantau Asia Tenggara yang dikendalikan oleh Batik Air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Melalui perkongsian itu, Emirates akan meletakkan kodnya pada penerbangan kendalian Batik Air ke Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Langkawi, Johor Bahru, Denpasar, Jakarta dan Singapura serta menawarkan pelanggan pengalaman perjalanan yang lancar semasa mereka menyambung ke destinasi baharu menggunakan tiket tunggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mavcom
#CAAM
#destinasi baharu
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan