BERIKUT adalah berita-berita yang menjadi tumpuan pagi, 29 Disember 2016.

Seniman SM Salim tenat

Seniman Tan Sri SM Salim, 88, dilaporkan berada dalam keadaan tenat akibat sakit tua.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga penghibur lagenda tersebut, isteri SM Salim, Puan Sri Halijah Abdullah menyedari keadaan suaminya awal pagi semalam.

"Puan Sri menyedari pernafasan suaminya mula berat awal pagi tadi dan kemudian memasang alat bantuan pernafasan."

Ahli keluarga SM Salim memohon untuk peminat mendoakan kesihatan penyanyi kesayangan tanah air tersebut.

SM SALIM


Kes curi uniform polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan kebenaran berita kecurian 30 baju uniform anggota polis di sebuah kedai dobi di Subang Jaya.

Khalid melalui laman Twitternya, menafikan dakwaan kecurian berkenaan yang telah diviralkan di laman media sosial sejak Selasa.

Jamal saman kerajaan Selangor

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan dua lagi kerana menyita dan merobohkan sebahagian resort miliknya, dengan mendakwa tindakan itu bersifat politik.

Beliau memfailkan saman itu melalui syarikat Jamal Jaya Holding Sendirian Berhad yang menjalankan perniagaan resort itu di Sekinchan, selaku plaintif.

JAMAL


Warga emas maut ditanduk kerbau betina

Hasrat seorang warga emas menjual kerbaunya tidak kesampaian apabila dia mati ditanduk kerbau itu di Kampung Pak Itam di sini semalam.

Haiwan itu dikatakan baharu melahirkan anak tiga bulan lalu.

Pesawat tertunda gara-gara juruterbang lewat

Gara-gara juruterbang yang lewat masuk ke dalam pesawat dan kemudiannya melalut membuat pengumuman, penerbangan Citilink dari Surabaya ke Jakarta awal pagi tadi tertunda selama lebih sejam.

Pengurusan Citilink meminta maaf kepada para pelanggannya dan dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kerana terdapat penumpang yang membuat aduan segera mengenai insiden itu.

Rangkuman