KUALA LUMPUR: Sasaran utama Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia bertujuan merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat di bandar dan desa serta antara generasi muda dan tua.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini penting memandangkan pandemik COVID-19 telah menimbulkan kesedaran mengenai keperluan bagi menyegerakan aspek penerimagunaan teknologi digital yang berupaya membantu melindungi rakyat daripada risiko ekonomi digital.
"Kita dijangka dapat melihat perubahan landskap ekonomi digital ke arah peningkatan literasi digital, kewujudan pekerjaan baharu dan berpendapatan tinggi.
"Tidak ketinggalan, aspek pengurusan perbankan dan kewangan yang lebih mudah dan teratur, akses yang lebih baik bagi pendidikan secara maya kepada anak-anak kita serta kemudahan mobilisasi perubatan ke pekan terpencil," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan mengenai '10 Soalan Mengenai Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang dikeluarkan pada Rabu.
Rangka Tindakan yang menggariskan usaha dalam mencapai aspirasi MyDIGITAL, telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Februari 2021, selain menetapkan trajektori sumbangan ekonomi digital kepada ekonomi Malaysia serta membina asas untuk memacu pendigitalan di seluruh negara, termasuk dalam merapatkan jurang digital.
Selain itu, Mustapa turut berkongsi contoh bagaimana perniagaan masa kini tidak lagi memerlukan aspek seperti penyewaan kedai yang sebaliknya diusahakan secara digital menerusi dalam talian di platform media sosial Facebook, Instagram atau WhatsApp dan turut merangkumi promosi produk atau perkhidmatan.
"Seluruh rantaian bekalan ini dapat bergerak secara digital sepenuhnya. (Sehubungan itu) Rangka Tindakan Ekonomi Digital ini adalah untuk rakyat dan segala yang digariskan dalam dokumen ini memberi penekanan kepada nilai berpaksikan kemanusiaan yang akan memanfaatkan semua, tidak kira masyarakat, perniagaan mahupun kerajaan," katanya.
Sehubungan itu, Mustapa menggesa agar semua rakyat negara ini bertindak merebut serta memanfaatkan sebaik-baiknya ruang dan peluang dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital tersebut.
"Hakikatnya, kita tiada pilihan selain menerima dan menggunapakai teknologi digital. Baik kerajaan, perniagaan mahupun setiap rakyat tanpa mengira apa jua demografi dan latar belakang, perlu memanfaatkan teknologi digital dalam segenap aspek kehidupan," katanya.
Malah, beliau menegaskan, kegagalan berbuat demikian akan meyebabkan rakyat ketinggalan manakala negara tidak mampu mencapai matlamat sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital dan mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggung jawab serta mampan.
Pada masa sama, Mustapa juga mengalu-alukan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak mengenai Rangka Tindakan Ekonomi Digital tersebut dan segala perancangan dan strateginya.
Menurut beliau, ini penting kerana pandangan serta maklum balas daripada semua pihak akan membantu memastikan kejayaan pelaksanaan rangka tindakan tersebut berserta aspirasi MyDIGITAL.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 03 2021
Rangka tindakan itu penting memandangkan pandemik COVID-19 telah menimbulkan kesedaran mengenai keperluan bagi menyegerakan aspek penerimagunaan teknologi digital di negara ini. - Gambar fail
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
AWANI Borneo [18/04/2024] – Letusan Gunung Ruang | AirAsia tawar perubahan penerbangan | Draf MoU bakal dirangka
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 12 April 2024
Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia sahkan kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat
AirAsia kembali aktifkan beberapa penerbangan
Kerajaan secara dasar setuju salur peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
#AWANInews
#AWANIBorneo 12 April 2024
Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia sahkan kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat
AirAsia kembali aktifkan beberapa penerbangan
Kerajaan secara dasar setuju salur peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
#AWANInews
18 projek tindakan atasi isu bekalan air
Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri itu selain memperkasa perkhidmatan sistem pembentungan.
Ratusan penumpang terkandas di KLIA
Tinjauan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)Terminal 1 mendapati ratusan penumpang terkandas kerana tidak dapat menaiki penerbangan ke Sabah dan Sarawak.
Sheriff: Tayangan awal raih lebih RM1 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal pada 17 April di pawagam.
Malaysia Airlines tawar pilihan kepada penumpang terjejas
Untuk meminimumkan kesulitan yang disebabkan oleh pembatalan yang tidak dijangka, Malaysia Airlines menawarkan pelanggan yang terjejas perubahan satu kali pada jadual perjalanan mereka secara percuma, atau memilih bayaran balik penuh tanpa mengira keluarga tambang mereka.
AirAsia sediakan pilihan kepada penumpang
AirAsia akan menyediakan pilihan kepada penumpang yang penerbangannya dibatalkan akibat letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sulawesi Indonesia.
Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MET Malaysia
Impak letusan Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia setakat ini masih belum menjejaskan kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak.
Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, letusan tersebut, yang berketinggian 725 meter dari paras laut, bagaimanapun telah menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri tersebut.
Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, letusan tersebut, yang berketinggian 725 meter dari paras laut, bagaimanapun telah menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri tersebut.
Stoking kalimah Allah: Wai Loong dituduh semula, mengaku tidak salah
Lelaki yang membuat kenyataan jelik berhubung isu stoking dengan kalimah Allah, dituduh sekali lagi, atas satu pertuduhan yang sama.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Impak penyusutan ringgit kepada bayaran hutang langsung kerajaan adalah kecil
Mustapa berkata kebanyakan hutang kerajaan adalah dalam nilai mata wang ringgit, khususnya Bil Perbendaharaan dan Sekuriti kerajaan.
Tanpa subsidi kerajaan, inflasi negara boleh cecah 10.6 peratus pada Ogos 2022 - Mustapa
Malaysia yang juga sebagai sebuah negara ekonomi kecil dan terbuka, tidak terkecuali daripada terkena tempias cabaran ekonomi global.