GEORGE TOWN: Kedudukan saf yang tidak sama ketika menunaikan solat berjemaah merupakan salah satu kejahilan yang merugikan kerana saf yang betul amat dituntut di dalam solat berjemaah sama ada solat fardu atau sunat.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, kejahilan sering merugikan dan disebabkan itu, Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu secara berterusan sehingga ke liang lahad.
Menurutnya, dengan ilmu, seseorang akan hidup bahagia di dunia dan akhirat.
"Dari sudut akidah, seseorang Muslim dikehendaki mempercayai kepada rukun-rukun iman serta dalil-dalilnya walaupun secara umum. Contohnya dalil kepada wujudnya ALLAH SWT ialah baharunya alam.
"Sementara dari sudut ibadat pula, seseorang perlu mengetahui syarat-syarat dan rukun-rukun solat, puasa serta apa juga yang membatalkan ibadah," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Baru-baru ini tular isu jemaah perempuan di sebuah masjid yang enggan merapatkan saf mereka dan solat secara berkelompok.
Ada yang memenuhi saf hadapan, ada pula berada di sebelah kanan dan kiri selain berkelompok di beberapa bahagian lain.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, terdapat beberapa hadis yang memerintahkan umat Islam menyamakan saf ketika solat berjemaah.
Oleh itu katanya, terdapat beberapa ulama yang berpandangan bahawa menyamakan saf dan merapatkannya adalah wajib namun majoriti ulama berpendapat bahawa tindakan itu hanya sunat manakala meninggalkannya adalah makruh.
"Ini adalah kerana dalam hadis dinyatakan bahawa saf yang sama adalah termasuk di dalam kesempurnaan solat tetapi tidak membatalkannya.
"Bagaimanapun, Rasulullah SAW ialah suri teladan bagi umat Islam sama ada lelaki atau wanita. Oleh itu, amat wajar untuk kita mengikut sunah Baginda Rasul dalam setiap bidang kehidupan terutamanya dalam ibadat," katanya.
Jelas beliau lagi, seruan imam setiap kali hendak memulakan solat jemaah adalah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berbuat demikian setiap kali Baginda mengimamkan solat.
"Setiap kali hendak memulakan solat berjemaah, imam sering menyeru para makmum supaya menyamakan saf serta merapatkannya.
"Tetapi seruan ini memerlukan kepada telinga yang mendengar dan hati yang patuh," katanya lagi.
Wan Salim turut menasihatkan umat Islam supaya sentiasa meluruskan serta merapatkan saf ketika menunaikan solat berjemaah termasuk solat sunat tarawih di bulan Ramadan ini supaya mendapat pahala yang maksimum.
"Menyama dan merapatkan saf tidak wajar diabaikan kecuali di dalam keadaan terpaksa seperti untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Ketika COVID-19 melanda dunia sebelum ini, umat Islam dikehendaki mematuhi arahan pihak kerajaan supaya melakukan penjarakan fizikal ketika menunaikan solat berjemaah.
"Setelah keadaan kembali normal, maka kita sepatutnya menyamakan saf dan merapatkannya semula seperti sedia kala. Semoga segala ibadat yang kita lakukan di bulan Ramadan yang mulia ini diterima oleh ALLAH SWT dan mendapat pahala lumayan sebagaimana dijanjikan olehNya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024
Wan Salim (kiri) menerangkan tentang hadis berhubung hukum menyamakan saf ketika solat berjemaah susulan baru-baru ini tular isu jemaah perempuan di sebuah masjid (kanan) yang enggan merapatkan saf dan solat secara berkelompok. - Foto Sinar Harian
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Kerajaan anjur kempen keselamatan 'online' untuk kanak-kanak
Kerajaan berhasrat untuk mengadakan kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga secara besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Malaysia mungkin berdepan satu lagi siri PRK
Malaysia akan berdepan dengan satu lagi siri PRK sekiranya tujuh wakil Bersatu yang berpaling tadah tidak menyatakan sokongan kepada parti dalam tempoh 14 hari.
JKPK setuju proses terbuka untuk pelantikan Pengerusi SPR
Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi (JKPK) bersetuju bahawa proses pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Pilihan Raya perlu dijalankan secara terbuka dan konsultatif dengan Parlimen.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Siasat lanjut, jika benar ia didalangi JI
Kerjasama antara badan-badan perisikan serantau perlu dipergiatkan bagi mengekang gerakan berkenaan daripada menggugat ketenteraman.
Rapatkan saf ketika solat untuk peroleh ganjaran pahala - Mufti P. Pinang
Tuntutan itu tidak wajar diabaikan kecuali dalam keadaan terpaksa termasuk mengelak jangkitan penyakit seperti ketika pandemik COVID-19.
Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam
Katanya, kejahilan sering merugikan dan oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu secara berterusan sehingga ke liang lahad.
Negeri Sembilan benar solat rapat saf di masjid, surau mulai esok
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan jemaah untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid dan surau berkuat kuasa esok.
PM Ismail Sabri seru Ahli Parlimen rapat saf demi negara dan rakyat
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua Ahli Parlimen tanpa mengira pandangan politik untuk bersama-sama merapatkan saf demi memulihkan negara dan mensejahterakan semula kehidupan rakyat.
[KOLUMNIS] Rapatkan saf
Kepandaian Agong dan Raja Raja didoakan akan dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah yang dihadapi sekarang, Insya-Allah.
7 selebriti dikompaun langgar SOP PKPB ketika majlis berbuka puasa
Seramai tujuh selebriti dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 April lalu.
Perlis benarkan jemaah satu keluarga rapatkan saf mulai esok
Kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf sesama mereka.
Muhasabah diri, nasihat PKR Perak kepada Azmin
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata mereka yang dilantik merupakan rakan seperjuangan dalam parti dan perbezaan pendapat tidak harus dijadikan permusuhan kekal.