Ringkasan AI
- Rapid KL telah menambah baik perkhidmatan bas perantara ke Litar Antarabangsa Sepang bermula Sabtu susulan aduan pada hari pertama Formula One.
- Penyelarasan lokasi mengambil dan menurunkan penumpang dilaksanakan hasil kerjasama Rapid KL, pihak SIC dan agensi berkaitan.
- Rapid KL akan terus memantau situasi bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang dan pengalaman F1 yang lebih baik.
SEPANG: Rapid KL melaksanakan penambahbaikan terhadap perkhidmatan bas perantara ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula Sabtu bagi melancarkan pergerakan penumpang susulan aduan diterima pada hari pertama Formula One Gulf Air Bahrain Grand Prix.
Penambahbaikan itu dilaksanakan menerusi penyelarasan semula lokasi mengambil dan menurunkan penumpang hasil kerjasama Rapid KL, pihak SIC serta agensi berkaitan.
“Setakat jam 11 pagi (Sabtu), aliran trafik serta pergerakan penumpang berada dalam keadaan lancar dan terkawal.
“Rapid KL akan terus memantau situasi bersama pihak SIC dan agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang serta pengalaman F1 yang lebih baik kepada semua,” ujar Rapid KL menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Jelas Rapid KL, perkhidmatan bas perantara sebelum ini telah dilaksanakan mengikut perancangan dan aturan operasi yang dipersetujui bersama pihak penganjur.
Bagaimanapun, susulan maklum balas diterima, penambahbaikan dilakukan bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang sepanjang acara berlangsung.
“Operasi bas perantara Rapid KL merangkumi aspek pengendalian dan pergerakan bas serta penumpang mengikut aturan yang ditetapkan.
“Manakala penyelarasan trafik keseluruhan ke dan dari SIC dilaksanakan bersama pihak penganjur serta agensi berkaitan,” menurut kenyataan itu.
Rapid KL turut merakamkan penghargaan atas kesabaran, kerjasama dan maklum balas yang diberikan oleh penumpang dalam usaha menambah baik pengalaman perjalanan sepanjang acara F1 berlangsung.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah penambahbaikan yang dilakukan Rapid KL terhadap perkhidmatan bas perantara ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC)?
A: Rapid KL melaksanakan penambahbaikan dengan menyelaras semula lokasi mengambil dan menurunkan penumpang hasil kerjasama dengan pihak SIC dan agensi berkaitan. - Q: Apakah tujuan penambahbaikan perkhidmatan bas perantara Rapid KL ini?
A: Penambahbaikan dilakukan bagi melancarkan pergerakan penumpang susulan aduan yang diterima pada hari pertama Formula One Gulf Air Bahrain Grand Prix. - Q: Bagaimana keadaan trafik dan pergerakan penumpang selepas penambahbaikan dilaksanakan?
A: Setakat jam 11 pagi Sabtu, aliran trafik serta pergerakan penumpang berada dalam keadaan lancar dan terkawal. - Q: Siapakah pihak yang terlibat dalam penyelarasan trafik ke dan dari SIC?
A: Penyelarasan trafik dilaksanakan bersama pihak penganjur serta agensi berkaitan. - Q: Apakah penghargaan yang diberikan Rapid KL kepada penumpang?
A: Rapid KL merakamkan penghargaan atas kesabaran, kerjasama dan maklum balas yang diberikan oleh penumpang dalam usaha menambah baik pengalaman perjalanan sepanjang acara F1 berlangsung.