MALAYSIA
Rapid KL tawar ganjaran TNG kepada penumpang bas perantara

Rapid KL memaklumkan setiap 20 perjalanan lengkap melayakkan penumpang menebus pin e-dompet TNG bernilai RM5 manakala 30 perjalanan membolehkan penebusan RM10. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penumpang bas Rapid KL berpeluang menebus pin e-dompet Touch 'n Go (TNG) sehingga RM10 dengan menaiki bas perantara menerusi kempen #JomNaikFeeder 2.0 bermula hari ini hingga 30 Nov.
Ringkasan AI
- Rapid KL melancarkan kempen #JomNaikFeeder 2.0 dari 1 September hingga 30 November yang menawarkan penebusan pin e-dompet Touch 'n Go sehingga RM10 kepada penumpang bas perantara.
- Penumpang perlu mendaftar melalui kod QR dalam bas dan menggunakan kad sama untuk mengumpul perjalanan, dengan 1,000 penumpang terawal layak menebus ganjaran.
- Kempen menyasarkan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 6.8 peratus dan terbuka kepada pengguna tanpa tunai termasuk pemegang Pas My50, MyCity, MyTourist, Kad Konsesi MyRapid, OKU Smile dan kad TNG.
Kempen terbuka kepada semua pengguna tanpa tunai perkhidmatan bas perantara Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) bagi pemegang Pas My50, MyCity, MyTourist, Kad Konsesi MyRapid, OKU Smile dan pengguna kad TNG.
Rapid KL menyasarkan pertumbuhan jumlah penumpang sebanyak 6.8 peratus sepanjang tempoh itu berbanding fasa pertama kempen yang mencatatkan purata jumlah penumpang bas sebanyak 5.5 peratus pada hujung tahun lepas.
"Kempen ini jelas membuktikan bas perantara semakin mendapat tempat sebagai pilihan utama perjalanan batuan pertama dan akhir (first-and-last mile)," menurut kenyataan itu.
Pemangku Ketua, Pengurusan Pengalaman Pihak Berkepentingan dan Pemasaran Kumpulan, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) Ashok Panchalingam berkata kejayaan #JomNaikFeeder 1.0 mencetuskan inspirasi untuk meneruskan usaha itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami