awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sembilan termasuk empat penuntut cedera letupan di universiti swasta
Teksi air Pulau Pinang belum dapat direalisasikan - Loke
Warga Indonesia dipenjara tiga bulan guna salinan kad pengenalan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid Penang peroleh 240 bas elektrik bermula tahun ini - Loke

Bernama
Bernama
12/01/2026
06:42 MYT
Rapid Penang peroleh 240 bas elektrik bermula tahun ini - Loke
Loke berkata sebanyak 240 bas elektrik akan diperoleh dalam dua fasa dengan 75 bas bagi fasa pertama dijangka tiba dan beroperasi bermula Mei manakala pembelian 165 lagi untuk fasa kedua dimulakan tahun ini dengan jangkaan tiba penghujung 2027.
GEORGE TOWN: Pulau Pinang memasuki fasa baharu pengangkutan awam apabila Prasarana Malaysia Bhd menerusi anak syarikat Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) menggantikan bas lama Rapid Penang dengan bas elektrik (EV) secara berperingkat bermula tahun ini.

Ringkasan AI
  • Pulau Pinang memperkenalkan bas elektrik sebagai pengangkutan awam baharu, dengan 240 bas dijangka akan diperoleh dalam dua fasa, memberi tumpuan kepada penggunaan bas mesra alam untuk mengurangkan pelepasan karbon.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan bahawa pengenalan bas elektrik ini akan memainkan peranan penting dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang lebih mesra alam, seiring dengan visi kerajaan negeri.
  • Selain itu, perkhidmatan Rapid Penang On-Demand yang menggunakan van turut diperluas dengan penambahan 170 van untuk meningkatkan kapasiti dan liputan perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata sebanyak 240 bas elektrik akan diperoleh dalam dua fasa dengan 75 bas bagi fasa pertama dijangka tiba dan beroperasi bermula Mei manakala pembelian 165 lagi untuk fasa kedua dimulakan tahun ini dengan jangkaan tiba penghujung 2027.
"Bagi memastikan operasi bas EV dapat dijalankan, kerajaan melalui Prasarana sedang melaksanakan pembangunan infrastruktur pengecasan di depoh Rapid Penang yang telah pun bermula," katanya pada sidang media Majlis Tinjauan Operasi Bas Diesel Rapid Penang, di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Loke berkata langkah itu selari dengan hala tuju baharu Prasarana yang memberi tumpuan kepada penggunaan bas mesra alam bagi mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.
Beliau yakin pengenalan bas elektrik akan menjadi pengubah keadaan kepada sistem pengangkutan awam di negeri itu dan seterusnya menyokong hasrat kerajaan negeri menjadikan Pulau Pinang negeri lebih mesra alam.
Beliau juga memaklumkan Rapid Penang akan menerima baki 60 daripada 70 bas diesel bersaiz 8.9 meter secara berperingkat menjelang akhir Februari sekali gus melengkapkan sebahagian daripada 175 bas diesel kumpulan akhir daripada 310 bas diesel diperoleh Rapid Bus sejak Julai 2025 untuk pengoperasian di Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Mengenai kos perolehan, Loke berkata bas EV secara purata hampir dua kali ganda lebih mahal berbanding bas diesel dengan anggaran harga lebih RM1 juta sebuah.
Sementara itu, Loke memaklumkan perkhidmatan Rapid Penang On-Demand yang menggunakan van menerima sambutan menggalakkan dengan 50 buah kenderaan itu kini beroperasi di Pulau Pinang.
Susulan permintaan kerajaan negeri, Prasarana bercadang menambah 170 van bagi memperluas perkhidmatan itu, dengan proses perolehan dijangka bermula pada pertengahan kedua tahun ini.
"Penambahan ini akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, meningkatkan kapasiti dan memperluas liputan perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah bas elektrik yang dijangka tiba dan beroperasi dalam fasa pertama di Pulau Pinang? A: Sebanyak 75 bas elektrik dijangka tiba dan beroperasi dalam fasa pertama bermula Mei.
  • Q: Apakah anggaran harga purata sebuah bas elektrik berbanding bas diesel yang dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan? A: Anggaran harga purata sebuah bas elektrik hampir dua kali ganda lebih mahal daripada bas diesel, dengan lebih RM1 juta setiap bas.
  • Q: Bagaimanakah Prasarana merancang untuk memperluas perkhidmatan Rapid Penang On-Demand di Pulau Pinang? A: Prasarana bercadang menambah 170 van bagi memperluas perkhidmatan Rapid Penang On-Demand di Pulau Pinang, dengan proses perolehan dijangka bermula pada pertengahan kedua tahun ini.

Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Chow Kon Yeow
#prasarana
#bas elektrik
#bas mesra alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan