awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rara bercerai talak satu

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2019
04:58 MYT
Rara bercerai talak satu
Adun DAP itu berkahwin dengan Muhamad Masyur yang merupakan seorang pengurus pelaburan pada 24 September 2016. - Gambar fail
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman sah bercerai talak satu dengan suaminya Muhamad Masyhur Abdullah dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Prosiding lafaz cerai itu diucapkan Muhamad Masyur terhadap Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, 30 tahun, di hadapan Hakim Syarie Mohd. Saifullah Hamzah.
Sebelum prosiding dimulakan, Mohd. Saifullah bertanyakan alasan penceraian tersebut dan Muhamad Masyur menyatakan beliau mengemukakan permohonan cerai itu kerana tiada persefahaman dalam rumah tangga mereka.
"Tiada persefahaman dan segala usaha untuk menyelamatkan perkahwinan tidak berhasil," ujarnya.
Rara yang berbaju kurung dan bertudung hitam dilihat tenang dan bersahaja sepanjang prosiding berlangsung dan pasangan itu dilihat hadir bersama ke mahkamah.
Muhamad Masyur mengemukakan permohonan cerai tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Adun DAP itu berkahwin dengan Muhamad Masyur yang merupakan seorang pengurus pelaburan pada 24 September 2016.
Topic Berkaitan
#ADUN
#ADUN Ketapi
#DAP
#keluarga
#Muhamad Masyur
#perceraian
#perkahwinan
#Rara DAP
#rumah
#Young Syefura Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan