KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mengakui, beliau kini sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka namun menafikan akan mengadakan majlis ijab kabul dalam masa terdekat.
Katanya, menjadi lumrah dalam kehidupan untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki, namun itu tidak akan menganggu fokusnya untuk terus berkhidmat kepada penduduk Ketari.
"Kalau saya kahwin nanti saya akan umumkan tetapi saya rasa fokus dan tumpuan harus diberikan terhadap pencapaian saya dalam membantu penduduk di DUN Ketari," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan turut menambah perkenalanya masih di peringkat awal namun jejaka berkenaan sangat memahami tugasnya yang menuntut masa dan usaha membantu rakyat.
Sebelum ini Ummi Hafilda Ali yang juga adik kepada Datuk Seri Azmin Ali dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada Young Syefura kerana didakwa bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan.
Menurut hantaran itu, Young Syefura yang lebih dikenali sebagai Rara dikatakan bakal bertunang dengan jejaka tersebut pada Januari ini manakala majlis resepsi akan diadakan sekitar Mac.
Mengulas lanjut, Rara berkata, masyarakat sepatutnya memberikan tumpuan terhadap prestasi beliau sebagai ADUN Ketari berbanding soal peribadinya.
"Saya baru siarkan laporan tahun 2020 sebagai ADUN Ketari dan usaha yang dilakukan Pejabat DUN Ketari untuk penduduk, tahun depan Insya-Allah akan ada lebih banyak program akan dilakukan," tambahnya lagi.
Untuk rekod, Rara, 31, pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Masyur, seorang pengurus pelaburan pada 24 September 2016 namun pasangan tersebut bercerai talak satu pada 7 Mac 2019.
Hakim Rahman
Thu Dec 31 2020
Young Syefura Othman atau Rara mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka namun menafikan akan mengadakan majlis ijab kabul dalam masa terdekat. - Gambar fail
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
RUU Gangguan Seksual: Rara bidas Rina Harun, sifatkan tiada empati
Rara menggesa Rina dan pihak kementerian menyegerakan pembentangan RUU Gangguan Seksual di Parlimen untuk diluluskan dan dilaksanakan.
Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara
Teka teki status perkenalan Rara dengan seorang Eksekutif Pengiklanan akhirnya terjawab selepas mereka selamat diijabkabulkan.
Rara mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka
ADUN Ketari, Young Syefura Othman mengakui beliau kini sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka namun menafikan akan mengadakan majlis ijab kabul dalam masa terdekat.
Isu pelanggaran SOP PKPB: ADUN Ketari beri keterangan polis
Dalam satu kenyataan, Young Syefura memberitahu beliau hadir bersama peguamnya Syahredzan Johan.