SHAH ALAM: Kerja keras pasukan Rasuah Busters menyampaikan mesej antirasuah kepada umum mendapat perhatian pihak antarabangsa apabila dianugerahkan Pingat Perak untuk Dragons of Malaysia 2021 anjuran sebuah syarikat pengiklanan di Australia.
Pasukan Teras Rasuah Busters, Prof Harmandar Singh berkata, kempen pemasaran antirasuah menerusi video klip ‘Mak Kata Jangan’ berjaya meraih Pingat Perak bagi segmen impak terbaik, pemasaran amal dan kempen sektor awam.
Beliau yang juga pensyarah sambilan di Taylor University Lakeside Campus memberitahu, kejayaan manis Rasuah Busters dalam penganugerahan The Dragons of Malaysia 2021 merupakan satu penghargaan dan kebanggaan buat semua petugas yang telah berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan mesej antirasuah kepada seluruh masyarakat, sekali gus memerangi amalan keji tersebut daripada terus berleluasa.
Beliau yang merupakan tonggak kepada penghasilan video klip ‘Mak Kata Jangan’ menegaskan, kemenangan tersebut merupakan titik awal dan pembakar semangat buat pasukan Rasuah Busters yang akan terus berjuang memerangi amalan rasuah di negara ini.
“Banyak lagi cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi Rasuah Busters bagi mencapai misi memperjuang rasa benci masyarakat terhadap amalan rasuah dan perbuatan penyelewengan kuasa.
“Pencapaian memperoleh Pingat Perak pada penganjuran Dragons of Malaysia 2021 merupakan satu kejayaan kecil pasukan kerana impian besar kami di dalam Rasuah Busters adalah untuk melihat Malaysia bebas daripada amalan rasuah,” tegasnya kepada kru Rasuah Busters pada Isnin.
Kemenangan melalui klip video kempen antirasuah Mak Kata Jangan.
Program Pengiktirafan Komunikasi Pemasaran Dragons of Malaysia 2021 yang memasuki peringkat akhir itu menyaksikan akhbar Sinar Harian menerusi Rasuah Busters berjaya merangkul tempat kedua untuk kategori pengiklanan berimpak besar.
Kempen ‘Mak Kata Jangan’ merupakan penghasilan video-video padat dengan saranan dan nasihat tentang bahaya rasuah yang telah mendapat pandangan bernas daripada Pasukan Teras Rasuah Busters.
Kejayaan yang dicapai Rasuah Busters itu diumumkan oleh Dragons of Asia baru-baru ini, meskipun majlis penganugerahan kemenangan yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur namun gagal dilaksanakan susulan penularan COVID-19.
Pengalaman luas Harmandar dalam penerbitan iklan komersial di dalam dan luar negara telah berjaya menghasilkan kempen ‘Mak Kata Jangan’ dan mencetuskan penerimaan luar biasa daripada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Mengulas lanjut, Harmandar menjelaskan, sejak tahun 2000, Dragons of Asia telah mengiktiraf komunikasi pemasaran terbaik yang berjaya dihasilkan oleh agensi-agensi dan para pelanggan merentasi semua negara di Asia.
Katanya, kempen anugerah Dragons of Asia melibatkan beberapa disiplin yang telah ditetapkan termasuk sektor pemasaran.
Jelasnya, sebanyak 112 orang juri telah dipilih bagi menentukan siapakah yang layak memenangi kategori-kategori yang dipertandingkan dan pemilihan juri-juri tersebut adalah daripada agensi-agensi bertauliah dan mempunyai kredibiliti tinggi dari seluruh Asia Pasifik.
Namun begitu, menurut Hasmandar, disebabkan isu COVID-19 yang melanda seluruh dunia, kesemua kategori yang dipertandingkan berkenaan terpaksa dinilai secara dalam talian.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Nov 30 2021
Kempen Rasuah Busters menerima anugerah Pingat Perak untuk Dragons of Malaysia 2021. (Gambar kecil: Harmandar) - Foto Sinar Harian
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi - Rasuah Busters
Rasuah Busters menegaskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) wajar diluluskan oleh Parlimen bagi membersihkan Malaysia daripada isu rasuah dan salah laku.
'Apa yang kamu buat, jumlah rasuah makin tinggi' - Hakim
Wan Kamarulbahri, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, menggunakan dokumen palsu bagi pelantikan subkontraktor isterinya, tiga tahun lalu.
Gagasan #MalaysiaTanpaRasuah melalui kuasa Undi18
Rakyat Malaysia diseru untuk bangkit memperkasakan dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia.
PRN Johor: Ahli politik diminta ambil ujian personaliti
Ujian RBTag bukanlah untuk mencari salah individu tersebut sebaliknya demi kebaikan bakal calon sendiri.
"Akta Dana Politik, Akta Anti Lompat Parti mungkin tidak ke mana-mana" - Akhbar Satar
Akhbar mendakwa, berdasarkan pemerhatian beliau, kedua-dua akta berkenaan hanya akan 'menjerat tengkuk' ahli politik yang berkuasa.
Rasuah Busters: Biarpun akta belum dibentangkan, rakyat perlu terus dididik benci rasuah
Gejala rasuah mempunyai hubungkait dengan tindakan ahli politik yang melompat parti, sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.
400 NGO tuntut bebaskan politik negara daripada rasuah
Gabungan gergasi itu akan bersama-sama membentangkan beberapa tuntutan penting untuk diambil kira oleh kepimpinan negara.
Rakyat kena jadi penyibuk, lapor kes rasuah - SPRM
Rakyat perlu menjadi 'penyibuk' dalam melaporkan segala kegiatan rasuah yang telah dikenal pasti kepada penguat kuasa bagi tindakan lanjut.
Rasuah organisasi komersial: Penghakiman perlu tegas - IDEAS
Duluan penghakiman itu akan memastikan syarikat-syarikat akan dipertanggung jawab atas setiap salah laku mereka.
Putuskan rantaian rasuah dari 'bilis' sehingga ke 'jerung'
Rasuah perlu diatasi dengan memutuskan rantaian di peringkat kecil atau 'ikan bilis' sehingga ke peringkat atasan atau 'jerung'.