KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat amalan rasuah, daripada didakwa.
Memandang serius isu rasuah, beliau turut menegaskan, tidak berlaku sebarang pendakwaan terpilih ketika ini.
"Dari segi tindakan yang dilaksanakan apabila berkaitan isu rasuah, saya percaya Yang Berhomat tahu, banyak kes sedang berjalan di mahkamah melibatkan sesiapa sahaja, tidak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan.
"Kita lihat hari ini banyak kes masih berjalan di mahkamah dan ini menunjukkan bahawa kerajaan serius dari segi mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah.
"Pihak kerajaan tidak melindungi sesiapa," tegas beliau di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, dalam isu rasuah, sesiapa sahaja yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke mahkamah dan mahkamah yang akan menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.
"Jadi, tidak boleh anggap bahawa kerajaan hari ini melindungi individu-individu tertentu dan mengambil tindakan terhadap orang-orang tertentu, hanya untuk memuaskan hati sesetengah pihak.
"Kita tidak tahu sama ada (masa) dulu ada pendakwaan terpilih atau tidak, tetapi hari ini tidak ada pendakwaan terpilih, kepada sesiapa sahaja. Itu janji kerajaan hari ini," kata Ismail Sabri.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang mendakwa tiada kesungguhan politik kerajaan dalam meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan usaha mengekang rasuah di negara ini.
Menjawab soalan asal Anwar, Ismail Sabri berkata kerajaan kekal komited untuk melaksanakan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang bakal memberi impak jangka masa panjang.
Astro Awani
Tue Mar 01 2022
ISMAIL SABRI: Kita lihat hari ini banyak kes masih berjalan di mahkamah dan ini menunjukkan bahawa kerajaan serius dari segi mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah. - Foto Jabatan Penerangan
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.