Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan segelintir pegawai dan kakitangan kerajaan khususnya di Selangor.
Titah baginda, gejala rasuah merupakan perbuatan yang mengkhianati amanah negara, masyarakat dan tindakan mereka sebenarnya mencemarkan reputasi serta imej pihak berkuasa yang terlibat.
Tegas baginda lagi, sekiranya rasuah terus berleluasa, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap kemampuan penguatkuasa melaksanakan undang-undang di Malaysia.
“Laporan media yang meluas tentang kesalahan jenayah rasuah yang dilakukan ini menggambarkan penolakan rakyat terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan kelicinan pentadbiran kerajaan.
“Seandainya gejala rasuah ini terus berlaku dengan berleluasa ianya akan menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap kemampuan jabatan-jabatan penguatkuasa ini di dalam melaksanakan tindakan undang-undang di Negara ini.” titah Sultan Sharafuddin.
Baginda bertitah demikian dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Istana Alam Shah dan dikongsi di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office pada Isnin.
Dalam kenyataan sama, Sultan Sharafuddin menyeru semua pihak berkuasa tidak melibatkan diri atau mendekatkan diri dengan segala perbuatan rasuah dan perkara yang membolehkan tohmahan rasuah dan penyelewengan dilemparkan mana-mana pihak.
“Ini termasuk juga aspek penyalahgunaan kuasa bagi kepentingan diri sendiri atau pihak-pihak tertentu semasa melaksanakan tugas penguatkuasaan. Perbuatan sebegini perlu dielakkan sama-sekali dari dilakukan,” titah baginda.
Titah baginda lagi, Islam melarang keras perbuatan rasuah dan salah guna kuasa di kalangan mereka yang telah diamanahkan dengan jawatan dan kuasa.
“Semua pegawai dan kakitangan penguatkuasa ini perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berhemah dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan.
“Mereka perlulah bersikap adil kepada semua pihak ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan. Sikap berhemah di dalam mengambil sesuatu tindakan perlulah sentiasa diutamakan demi memelihara ketenteraman dan keamanan awam.
“Laksanakanlah tanggungjawab anda semua dengan penuh amanah demi rakyat dan Negara,” titah baginda lagi.
Ridauddin Daud
Mon Aug 24 2020
Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan segelintir pegawai dan kakitangan kerajaan khususnya di Selangor. - Gambar Selangor Royal Office
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.