awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Pegawai imigresen dipenjara 10 hari, wang tunai lebih RM400,000 dilucut hak

Bernama
Bernama
17/03/2021
10:37 MYT
Rasuah: Pegawai imigresen dipenjara 10 hari, wang tunai lebih RM400,000 dilucut hak
Mohamad Jeffry yang ketika itu bertugas di klia2, didakwa diberikan wang berjumlah RM3,950 daripada orang tengah yang menguruskan warga asing dari China. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang pegawai Imigresen dipenjara 10 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah bagi melepaskan warga asing, dua tahun lepas.
Hakim Madihah Harullah memerintahkan Mohamad Jeffry Mohd Zain, 31, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan tambahan penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Jeffry yang ketika itu bertugas di Bahagian Kawalan Imigresen, Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, didakwa diberikan wang berjumlah RM3,950 daripada orang tengah yang menguruskan warga asing dari China ke dalam akaun pihak ketiga melalui mesin deposit tunai.
Wang itu bertujuan melepaskan warga asing berkenaan daripada dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Islamic Bank Berhad Cawangan Nilai pada 3 Jan 2019.
Pendakwaan mengikut Seksyen 25 (1) dan 25 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah juga membenarkan permohonan SPRM untuk melucut hak dua kereta dan dua buah motosikal selain wang tunai berjumlah keseluruhan RM449,658.41 milik Mohamad Jeffry.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, Mohamad Jeffry yang ditugaskan memeriksa penumpang melalui kaunter Imigresen klia2, dikatakan menerima RM250 hingga RM600 bagi setiap warga asing bermasalah yang dilepaskan dan seramai 500 warga China dilepaskan tertuduh sejak 2016 hingga November 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pegawai Imigresen
#terima rasuah
#Mahkamah Sesyen
#didenda
#dipenjara
#wang tunai
#ratus ribu
#dilucut hak
#SPRM
#KLIA
#warga china
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan