awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Pegawai MARA dan orang tengah ditahan SPRM

Hilal Azmi
Hilal Azmi
13/08/2018
13:17 MYT
Rasuah: Pegawai MARA dan orang tengah ditahan SPRM
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin menahan seorang pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana disyaki menerima rasuah berupa tiket penerbangan serta penginapan hotel bagi percutian ke Eropah.
Menurut sumber, suspek wanita berusia 50 tahun yang pernah bertugas di Pejabat MARA daerah di Selangor itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pukul 3 petang selepas dipanggil untuk memberi keterangan.
Jelas sumber, suspek dipercayai telah menerima tajaan daripada beberapa syarikat untuk dirinya iaitu tiket kapal terbang dan penginapan hotel bagi percutian selama 10 hari ke London dan Paris antara Mac hingga April 2014.
“Suapan tersebut ialah bagi menyokong proses permohonan pembiayaan yang dahulunya dikenali sebagai Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Mara yang dipercayai mengandungi butiran palsu kepada Pengarah MARA Negeri Selangor,” katanya.
Dalam pada itu, SPRM turut menahan seorang suspek yang dipercayai bersubahat dengan pegawai MARA berkenaan. Difahamkan, dia bertindak sebagai orang tengah antara permohon pembiayaan dan pegawai MARA itu.
Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada pukul di 2.45 di Ibu Pejabat SPRM.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Katanya, kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Sekyen Kuala Lumpur esok bagi pendakwaan mengikut Seksyen 17 (a), Seksyen 18 dan Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009, Seksyen 165 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).
Topic Berkaitan
#Datuk Simi Abd Ghani
#eropah
#London
#Paris
#Pegawai Mara
#Pejabat MARA
#Pengarah Siasatan SPRM
#Rasuah
#SPRM
#tiket penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan