awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah permohonan tanah: Dua individu ditahan SPRM Sabah

Bernama
Bernama
17/06/2025
15:45 MYT
Rasuah permohonan tanah: Dua individu ditahan SPRM Sabah
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu, ditahan di pejabat SPRM Sabah antara 10 hingga 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan. - BERNAMA
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan dua individu masing-masing penjawat awam dan pesara kerajaan, disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan wang berjumlah RM66,000 bagi urusan permohonan dan bancian tanah.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu, ditahan di pejabat SPRM Sabah di sini antara 10 hingga 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.
Kedua-dua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah pada tahun 2016, walaupun mereka tidak mempunyai kuasa untuk memproses permohonan atau melakukan bancian lot tanah.
"Siasatan mendapati suspek pertama menerima suapan berjumlah RM54,000 manakala suspek kedua menerima RM12,000 daripada beberapa individu untuk memproses permohonan dan melakukan bancian lot tanah di bawah skim tanah kerajaan negeri," menurut sumber itu.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy mengesahkan penahanan itu dan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Kedua-dua suspek dijangka akan didakwa dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#sprm sabah
#permohonan tanah
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami