NATIONAL
Rasuah politik: SPRM bertemu tiga Ahli Parlimen DAP

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah bertemu dengan tiga Ahli Parlimen DAP bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan ditawarkan rasuah. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengadakan pertemuan dengan tiga Ahli Parlimen DAP bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan ditawarkan rasuah.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, SPRM menjelaskan pertemuan dibuat susulan dakwaan beberapa Ahli Parlimen DAP sebelum ini yang mereka ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan oleh sesetengah pihak untuk mereka menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Jelas kenyataan itu lagi, setakat ini SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada Ahli-ahli Parlimen berkenaan.
Bagaimanapun SPRM katanya memandang serius mengenai tohmahan dan dakwaan itu dan memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan.SPRM berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan.
Pada Sabtu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat individu tidak dikenali cuba menyogoknya untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) dengan menawarkan habuan wang tunai bernilai RM30 juta serta dilantik menteri.
Sumber Facebook sprm.benci.rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami