awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah projek hampir RM110 juta: Individu bergelar Datuk antara tiga ditahan

Bernama
Bernama
31/07/2024
03:10 MYT
Rasuah projek hampir RM110 juta: Individu bergelar Datuk antara tiga ditahan
SPRM menahan tiga individu termasuk bekas pegawai di satu anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad bergelar 'Datuk' disyaki menerima rasuah membabitkan satu projek perumahan berjumlah hampir RM110 juta.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk bekas pegawai di satu anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bergelar 'Datuk' disyaki menerima rasuah membabitkan satu projek perumahan berjumlah hampir RM110 juta.
Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki berusia 40 hingga 60-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini antara 6.30 hingga 7 petang, semalam.
"Seorang lagi individu turut hadir memberi keterangan, namun dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan dirakamkan," menurut sumber itu.
Menurut sumber, kesemua mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada satu syarikat pembinaan sebagai balasan bagi menandatangani perjanjian pembangunan tambahan (SDA) membabitkan projek pembangunan Rumah Aspirasi Rakyat daerah Kuantan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah SPNB.
"Perjanjian yang ditandatangani ini dipercayai mengandungi klausa yang berat sebelah sehingga menyebabkan SPNB menanggung kerugian mencecah puluhan juta ringgit," menurut sumber.
Kesemua mereka direman selama lima hari bermula semalam hingga 3 Ogos ini selepas Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan kesemua suspek.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#Datuk ditahan
#Syarikat Perumahan Negara Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan