awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuk jejantas merekah diturunkan - JKR

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2022
04:53 MYT
Rasuk jejantas merekah diturunkan - JKR
Kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di Seksyen 484.6 Laluan Persekutuan 5 berhadapan SMK Pengkalan Permatang disiapkan lebih awal daripada jadual asal. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di Seksyen 484.6 Laluan Persekutuan 5 (FR005) berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang berjaya diturunkan dan disiapkan lebih awal daripada jadual asal.
Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor dalam kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan, kerja-kerja itu memakan masa kira-kira enam jam 30 minit.
Menurutnya, operasi menurunkan rasuk jejantas bermula pada jam 11 malam Selasa dan laluan trafik dibuka untuk semua kenderaan pada jam 6 pagi Rabu.
"Tahniah kepada pihak konsesi iaitu Roadeare (M) Sdn Bhd yang telah berjaya melaksanakan kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas berkenaan," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut berterima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor yang membantu mengawal trafik sepanjang kerja-kerja itu dilaksanakan.
BACA: Laluan Jalan Klang-Sabak Bernam ditutup kepada semua kenderaan
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di hadapan SMK Pengkalan Permatang di Seksyen 484.6, Laluan Persekutuan 5, Jalan Klang-Sabak Bernam ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selama dua hari bermula Selasa.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kuala Selangor
#rasuk jejantas merekah
#Jalan Klang-Sabak Bernam
#jalan ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan