awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Naga antara lima lagi individu dirakam keterangan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/09/2023
12:06 MYT
Ratu Naga antara lima lagi individu dirakam keterangan
Noor Dellhan berkata, kesemua mereka hadir untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan lima individu lagi bagi membantu siasatan berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia di ibu negara, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua mereka hadir untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada Selasa.
"Setakat ini, seramai 16 individu telah dirakam keterangan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Antara yang hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 10.15 pagi, Selasa ialah Penyedia Kandungan TikTok Pro Perikatan Nasional (PN), Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga yang ditemani peguamnya Zaid Malek.
Ratu Naga meluahkan rasa kekecewaannya kerana dipanggil dan disiasat oleh polis berkaitan himpunan itu.
Katanya, sesiapa sahaja sewajarnya berhak untuk bersuara dan meluahkan pendapat masing-masing asalkan tidak melanggar undang-undang yang termaktub di negara ini.
Ratu Naga memaklumkan polis telah merakam percakapannya berdasarkan lima muka surat soalan oleh pegawai penyiasat dan telah memberi kerjasama penuh untuk proses siasatan tersebut.
Pada Ahad, Noor Dellhan mengesahkan sebanyak 25 individu dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan itu.
Kesemua mereka dipanggil untuk membantu siasatan selepas polis membuka satu kertas siasatan berkaitan perhimpunan itu.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 4 (2) (b) dan Seksyen 4 (2) (e), (f) akta yang sama. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Himpunan Selamatkan Malaysia
#Ratu Naga
#siasatan polis
#Noor Dellhan Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan