KEPULAUAN CANARY: Lava yang mengalir daripada letusan gunung berapi pertama Kepulauan Canary di Sepanyol dalam tempoh 50 tahun telah memaksa pemindahan 5,500 penduduk dan memusnahkan kira-kira 100 kediaman tetapi alirannya tidak sepantas yang diramalkan, kata pihak berkuasa pada Isnin.
Aliran lava tidak sampai ke Lautan Atlantik pada Isnin petang seperti yang dianggarkan sebelumnya, kata seorang pegawai.
Pakar mengatakan bahawa jika berlaku, ia boleh mencetuskan lebih banyak letupan dan gas beracun.
Tiada kematian atau kecederaan yang dilaporkan setakat ini tetapi rakaman dron memaparkan dua aliran kepala lava hitam melalui lereng menuju ke laut.
Seorang saksi memberitau Reuters, dia melihat aliran lava mengalir melalui sebuah rumah di kampung Los Campitos, memusnahkannya sedikit demi sedikit.
Enam jalan di pulau itu ditutup, kata pihak berkuasa.
Pemimpin wilayah, Angel Victor Torres memaklumkan kerugian harta benda sangat besar.
"Ia masih aktif dan akan terus aktif untuk beberapa hari lagi," tambahnya.
"Ia mengerikan, seperti gempa bumi. Kemudian pada pukul 3 petang, seorang wanita memberitahu kami perlu segera meninggalkan tempat itu," kata Eva, seorang pelancong berusia 53 tahun dari Austria.
Menteri Pelancongan, Reyes Maroto mengatakan letusan itu adalah "pertunjukan luar biasa" dan akan menarik lebih banyak pelancong ke kepulauan berkenaan yang bergantung kepada industri pelancongan.
Sebilangan pelancong di lapangan terbang tidak bersetuju dengan Maroto.
"Kami mahu beredar secepat mungkin," kata Wienard, seorang pekerja sosial berusia 55 tahun dari Salzburg.
Tetapi sekurang-kurangnya seorang pelancong gembira dengan situasi itu.
"Saya merasa seperti anak kecil, sangat teruja. Semalam hari jadi saya, ini seolah-olah meniup lilin di atas kek yang sangat besar!" kata Kabirly, 26, penyelidik pasaran dari Belgium.
Kira-kira 360 pelancong dipindahkan daripada sebuah resort di La Palma dan dibawa ke Pulau Tenerife pada awal pagi Isnin.
Perdana Menteri Pedro Sanchez turut mengunjungi beberapa kawasan yang terjejas pada Isnin.
La Palma berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan ribuan gegaran dilaporkan selama seminggu di Cumbre Vieja.
Ia sebahagian rantaian gunung berapi yang kali terakhir meletus pada tahun 1971 dan merupakan salah satu kawasan gunung berapi yang paling aktif di Kepulauan Canary.
Astro Awani
Mon Sep 20 2021
Letusan memaksa pemindahan 5,500 penduduk dan memusnahkan kira-kira 100 kediaman tetapi alirannya tidak sepantas yang diramalkan. - Foto REUTERS/Borja Suarez
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Letusan Gunung Ruang jejaskan ribuan rumah di Sulawesi Utara
Bilangan penduduk yang dipindahkan dari dua kampung di pulau itu telah berkurangan kepada 3,582 orang.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Aktiviti gunung berapi cetus pemindahan ratusan orang di Sulawesi Utara Indonesia
Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan Darurat selama 14 hari, berkuat kuasa dari 16 hingga 29 April.
Gunung Semeru meletus muntahkan abu sejauh satu kilometer
Gunung Semeru di daerah Malang dan Lumajang di wilayah Jawa Timur meletus pada 7.30 pagi Selasa (waktu tempatan).
Letusan gunung berapi Iceland berakhir beberapa hari lagi
Letusan gunung berapi di barat daya Iceland berkemungkinan akan berakhir beberapa hari lagi, menurut Pihak Berkuasa Meteorologi Iceland (Met) pada Jumaat.
Gunung berapi meletus di Iceland
Sebuah gunung berapi di barat daya di Iceland meletus pada Ahad, menjadikan letusan kelima di semenanjung Reykjanes sejak tahun 2021.
Pasca letusan Gunung Berapi Semeru cetuskan banjir lahar sejuk
Gegaran banjir lahar sejuk itu berlaku pada 25 Disember dari 12 malam hingga 6 petang waktu tempatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rekahan gunung berapi di Iceland cecah 4km
Gunung berapi di barat daya Semenanjung Reykjanes, Iceland terus memuntahkan laharnya pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).